5 Cara Pengambilan Garam Celtic Sea Salt

Ramai yang mula beralih kepada gaya hidup sihat dengan menggantikan garam putih biasa kepada Garam Celtic Sea Salt.

Namun begitu, tahukah anda bahawa cara pengambilan garam Celtic Sea Salt? Ia perlu dilakukan dengan betul agar manfaat kesihatan dapat dirasai sepenuhnya.

Dalam artikel ini, kami kongsikan 5 cara pengambilan Garam Celtic Sea Salt yang betul dan disarankan oleh pakar berserta penjelasan sains dan tips agar anda boleh mula mengamalkannya dengan yakin.

 

1. Campurkan Dalam Air Kosong Waktu Pagi (Sebelum Sarapan)

Pengambilan secubit kecil Garam Celtic Sea Salt ke dalam segelas air suam kosong pada awal pagi dapat membantu mengaktifkan sistem saraf, meningkatkan penghidratan dan menyokong fungsi adrenal.

Kajian juga menunjukkan bahawa mineral seperti magnesium dan sodium dalam garam ini membantu menyokong keseimbangan elektrolit dalam tubuh.

2. Elak Masukkan Ketika Air Sedang Mendidih

Jika ingin menggunakan Garam Celtic Sea Salt dalam masakan, jangan campurkan semasa air sedang mendidih kerana suhu tinggi boleh merosakkan kandungan mineral.

Sebaliknya, masukkan selepas air atau makanan telah sedikit suam agar khasiat asalnya dapat dikekalkan. Ini penting kerana garam ini kaya dengan 80+ jenis mineral semula jadi.‼️

 

3. Gunakan Dalam Minuman Detoks Harian

Antara cara pengambilan garam Celtic Sea Salt yang popular adalah mencampurkannya ke dalam air lemon atau cuka epal sebagai minuman detoks.

Ia dipercayai boleh membantu menstabilkan pH badan, melancarkan penghadaman dan menyokong fungsi hati.

Pengambilan secara konsisten juga dikatakan membantu mengurangkan keinginan terhadap makanan manis.

 

4. Boleh Digunakan Sebagai Gantian Garam Harian

Ramai yang tidak sedar bahawa menggantikan garam meja biasa dengan Garam Celtic Sea Salt dalam rutin harian adalah langkah mudah untuk mula hidup sihat.

Garam ini tidak melalui proses pelunturan atau penambahan bahan kimia – jadi ia lebih selamat dan menyumbang kepada keseimbangan mineral dalam tubuh.

 

5. Ambil Dalam Jumlah Sederhana (Tidak Berlebihan)

Walaupun Garam Celtic Sea Salt dikategorikan sebagai garam sihat, pengambilan berlebihan tetap tidak digalakkan.

Dos yang disarankan oleh pakar adalah sekitar ⅛ hingga ¼ sudu teh sehari, bergantung kepada keperluan individu.

Berlebihan boleh menyebabkan beban kepada buah pinggang dan meningkatkan tekanan darah.
Sentiasa amalkan secara berpada-pada.‼️ 

 

Ketahui lebih lanjut mengenai Garam Celtic Sea Salt:
9 Kelebihan Celtic Sea Salt (Lebih Baik Daripada Himalayan Salt!)

Kesimpulan

Cara pengambilan Garam Celtic Sea Salt ini bukan sahaja mudah, malah disokong oleh ilmu nutrisi dan kajian sains.

Mulakan dengan langkah kecil seperti menambah dalam air pagi atau menukar garam dapur anda – dan anda bakal merasai perubahan besar dalam kesihatan.

Ingat, bukan semua garam itu sama. Pilih yang terbaik dan amalkan dengan bijak!

Semoga bermanfaat! 😊 

Anda Juga Mungkin Berminat

Sengkuang Cina – Ini 9 Khasiat Tersembunyi Ramai Tak Tahu!

9 Petua Redakan Demam Panas Anak – Ibu Bapa Wajib Cuba!

Bukan Sekadar Makan! Ini 5 Cara Kuatkan Mental Anda Melalui Nutrisi Harian

Cendawan Enoki – Ini 7 Khasiat & Risiko Jika Dimakan Mentah Ramai Tak Tahu!

Nak Anak Pandai Bergaul? – Cuba 11 Cara Ini Pupuk Perkembangan Sosial Anak!

Awas! Elak 7 Benda Ni Kalau Tak Nak Obes

Scroll to Top