Ceraikan Dia !

Ini kisah benar.

Sepasang suami isteri berjumpa Erikson Milton. Seorang psikiatris dan pelopor kepada ilmu hypnosis.

Tujuan pasangan ini hanya satu. Dapatkan khidmat nasihat dari pakar. Rumahtangga dilanda ribut.

Hidup keduanya tidak seindah dulu. Ada sahaja yang tidak kena.

Perbualan hanya jeritan dan makian.

Si isteri tidak lagi memahami suami. Begitu juga suami. Kedua-duanya seperti orang asing dalam rumah sendiri.

Ikrar mahu sehidup semati hanya menjadi retorik. Indah di atas kertas. Manis di bibir.

Si isteri fikir mesti ada jalan keluar. Suami dipujuk. Suami diajak.

Akhirnya sang suami bersetuju. Tiba hari yang dijanjikan tibalah mereka ke pejabat Milton.

Keduanya masuk dan duduk.

Perkataan pertaman yang keluar dari mulut Milton ialah “Kedua-dua kamu keluar berjalan secara sendiri-diri di taman seberang jalan sana.

Pusing sehingga habis dan kembali ke pejabat ini. Jumpa saya selepas itu.”

Keduanya keluar seperti yang diarahkan.

Si suami bermula dari arah selatan. Si isteri masuk ke taman dari arah utara.

Usai setengah jam keduanya kembali. Si suami sampai dahulu. Beliau duduk di ruang menunggu.

Muka kelat. Sang isteri muncul. Disambut oleh suami dengan leteran dan muka bengis.

Sang isteri tidak hiraukan. Terus ke bilik Milton. Sang suami mengekor dari belakang.

Duduk sahaja keduanya, Milton bertanya kepada sang isteri.

Apa yang awak dapati dan rasai sepanjang berjalan di taman?

Sang isteri mengukir senyuman.

Memulakan bicara dengan meggambarkan betapa damainya jiwanya. Kicauan burung menenangkan.

Warna warni bunga mempersonakan. Hembusan bayu lembut yang menyapa ke wajah membahagiakan.

“Pendek kata saya sangat teruja” kata sang isteri.

Milton beralih kepada sang suami. Soalan yang sama diajukan kepada sang suami.

Sang suami menunjukkan rasa tidak puas.

Mempersoalkan kenapa disuruh ke taman.

Dia datang untuk mendapatkan nasihat untuk “menyelamatkan” rumahtangganya.

Sang suami terus dengan komplen. Panas berjalan di taman. Berpeluh-peluh. Membosankan.

Pendek kata episode berjalan di taman menjengkelkan.

Sehingga pejabat Milton dikutuknya. Sistem di pejabat Milton pun menjadi mangsa.

Milton beralih kepada sang isteri. Ceraikan dia.

Beliau meminta pasangan itu meninggalkan biliknya.

Sang isteri menceraikan sang suami. Tidak lama selepas itu beliau berkahwin lain. Hidup bahagia.

Sang suami tidak beristeri lagi. Hidup menderita seorang diri.

Akhirnya meninggal dalam sengsara.

Apabila sang isteri melaporkan keseronokan berjalan di taman dan sang suami tidak, ada bahagian-bahagian otak yang terlibat.

Bagi sang suami, Preforntal Cortexnya (PFC) bermasalah. PFC adalah CEO otak.

Kita merancang, membuat keputusan, memori sementara berada di sini.

Anterior Cingulate Gyrusnya (ACG) juga bermasalah.

ACG adalah seperti gear kepada otak. Seperti gear kereta, ianya bertukar mengikut kelajuan.

ACG bermasalah bila gear ini tidak bertukar.

Bagi sang suami, semua perkara adalah negative. Fikirannya tersangkut di situ.

Gear otaknya tidak dapat ditukar.

Sistem Limbiknya juga bermasalah. Emosi yang keluar menjengkelkan.

Ada sahaja yang tidak kena. Beroperasi dengan mata lalat. Sentiasa mencari yang busuk.

Andai perkara yang menimpa sang suami sama dengan kita, belajarlah untuk merubah otak.

Otak yang cantik menjamin rumah tangga bahagia.

Otak cantik membahagiakan orang yang tersayang.

Otak anda bagaimana?

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Scroll to Top