Cerita Untuk Anak: Lihat Kupu-Kupu Itu Anakku

 

Petang itu hujan. Suasana di luar gelap. Angin bertiup kencang.

Bunyi angin berdesing di telinga. Bau hujan menusuk ke ruang hidung.

Aku lihat keluar. Amati suasana alam. Asyik dan mendamaikan.

Tiba-tiba Haikal menghampiri. “What are you looking at dad?” Soal Haikal.

Haikal anak kedua. Tinggi lampai gaya model. Tika ini dia sedang menunggu keputusan SPM.

Aku berpaling. Mata kami bertemu. Aku senyum. “Just looking.” Balasku ringkas.

Haikal angguk. “I have question.” Haikal sambung bicara. “You always talked about becoming a success person. But how?”.

Apabila sang anak berfikir tentang ‘how’ atau bagaimana, itu titik awal perubahan. Antara titik titik mula mengangkat darjat insan. Titik besar satu kebagusan.

“Haikal pernah lihat kupu kupu?” Soalku. Haikal mengangguk sambil ketawa kecil. “Off course,” katanya.

Sebelum kupu kupu menjadi kupu kupu yang cantik berwarna warni, dia hanyalah seekor ulat yang hodoh. Terkurung dalam kepompong.

Terpaksa lalui proses yang menyakitkan. Tubuh seolah disiat. Seolah dihiris pisau.

Setiap hari dia lalui proses ini. Proses metamorfosis. Dia rela. Dia mahu.

Dia tahu matlamatnya. Dia ada sasaran. Dia ada destinasi mahu dituju.

Dia biarkan dirinya dalam ruang sempit ini. Terkurung dari dunia luar. Tiada seronok.

Apabila tiba masanya, ulat hodoh pecahkan kepompongnya. Perlahan lahan. Sedikit demi sedikit kepompong terbelah.

Apabila belahan semakin besar, muncullah susuk tubuh lain. Bukan lagi ulat jelek. Tapi sang ulat bertukar menjadi sang kupu kupu yang cantik.

Dia gerakkan sayapnya. Terbuka tertutup. Cantik sekali corak di atasnya. Berwarna warni. Indah.

Sang kupu kupu terus terbang. Mencari wangian. Mencari keindahan.

Setiap bunga cantik disapanya. Dia bina kehidupan pada sang bunga apabila membawa benih mereka ke tempat lain.

Sang kupu kupu berkawan dengan kupu kupu lain. Semuanya punya misi sama. Cari keindahan. Cipta kebaikan.

Hidup kita seperti kupu kupu Haikal.

Aku sentuh bahu Haikal. Aku lihat matanya. Dia juga melihatku. Asyik barangkali.

Ulat punya pilihan. Boleh saja dia kekal sebagai ulat jelek. Tidak berada dalam kepompong. Berada di luar nikmati seronok dunia yang sementara.

Tapi dia pilih berada di kepompong dahulu. Dia pilih proses sakit untuk jadi hebat.

Kepompong itu umpama dalam kelas. Dalam rumah. Bersakit kita belajar di sekolah dan di universiti.

Bersusah lakukan kerja rumah. Bantu emak dan ayah. Walau dinanti timbunan kerja sekolah.

Berpayah kita belajar ilmu lain di luar bilik darjah. Berguru ke sana ke mari. Semua ini kepompong. Kita ber metamorfosis di dalamnya. Proses tukarkan diri menjadi lebih berharga dan dihargai.

Kita korbankan rasa seronok sementara untuk jadi manusia bahagia dan membahagiakan. Jadi manusia untuk masa hadapan. Jadi manusia yang capai impian.

Dengan ilmu akademik dan ilmu kehidupan yang diperolehi, kita bertukar menjadi seperti kupu kupu yang cantik. Tahu bezakan antara buruk dan baik.

Hanya mencari yang indah. Memburu yang wangi. Tidak terpesona dengan dengan keburukan dan kebusukan.

Tidak tertarik pada seronok umpama fatamorgana. Seronok sementara.

“Haikal faham?” Soalku sambil memegang bahu Haikal. Dia angguk.

Pandangannya dilepaskan ke luar rumah. Bersatu dengan alam.

Dia berpaling. Thanks dad. This is beautiful. The beauty that I only get from you.”

Itu tugas mak dan ayah. Apabila anak anak buntu, ayah dan mak bantu.

Haikal mahu berjaya perlu berubah. Metamoforsis. Jangan terpasung pada pesona sementara.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

23 Buah Tersihat Menurut Dietitian!

Scroll to Top
0