Mi Segera: Cukupkah Sekadar ‘Halal’ Di Paket? Ini Perkongsian Dr Rizal

Paket mi segera jenama M atau jenama IM dari negara seberang.

Mahupun merentas benua ke negara ginseng.

Punyalah cekap dari segi pengiktirafan sijil tertera HALAL.

Macam macam perasa keluar.

Dengan tahap pedasnya ibarat mengaktifkan tandas bergerak.

Sekali makan, rasa kian melekat.

Mencengkam kemas pada tunas lidah. Bikin tuan punya badan inginkan lagi.

Halal tapi merbahaya. Sedar atau tidak.

Bila statistik keluar setiap tahun, mi segera yang juga dijuluki sebagai ‘trash food’.

Dimakan oleh rakyat kita sebanyak 3.6 juta paket mi SETIAP HARI.

Cuba darab setahun total berapa bilion paket.

Disebabkan tahap kerakusan melahap mi segera ni cukup luar biasa.

Makin ramai pengeluar pengeluar mi segera dari luar negara cuba try test market di sini.

Zaman sekarang ni teknologi canggih.

Sijil HALAL boleh ditempek pada paket.

Ada yang turut guna logo yang telah ditarik balik.

Ini taktik biasa guna oleh pengeluar mi segera di negara bukan Islam.

Tidak mahu berpolitik soal harga atau sumber di sini.

Hanya mahu ketengahkan soal nikmat sihat yang cukup diambil ringan oleh generasi zaman kini.

Bayangkan.

Kos yang perlu kita tanggung nanti bila dah sakit.

Lagi banyak makan duit.

Bahan kimia antara perisa utama mi segera:

1. Butylated Hydroxyanisole (BHA)

BHA digunakan untuk panjangkan hayat mi.

Tak nak bagi mi lemau masuk angin.

2. T-butylhydroquinone (TBHQ)

Ganggu keseimbangan hormon.

Akibatkan masalah gangguan metabolik badan.

3. Tartaric Acid

Digunakan untuk putihkan mi.

Kebiasaan guna untuk putihkan cermin.

4. Tartrazine

Pewarna tiruan biasa digunakan dalam perasa.

Iaitu Sunset Yello FCF Tartrazine.

Penyebab masalah hiper khususnya anak kecil.

Ganggu proses belajar.

5. Polydimethylsiloxane

Bahan kimia biasa guna untuk buat minyak pelincir.

Tujuan dapatkan tekstur berkilat licin.

Ini baru sedikit sahaja daripada lebih kurang 136 bahan kimia yang telah ditambah.

Hanya kerana dilabel TELAH DIBENARKAN.

Tak semestinya ia elok untuk tubuh.

Cuma satu persoalan sahaja.

Adakah status HALAL sahaja sudah MENCUKUPI untuk ‘menghalalkan’ mi segera ini kepada ORGAN dan TUBUH kita?

Fikirkan.

 

ARTIKEL BERKAITAN:

21 KESAN BURUK MAKAN MEE SEGERA DI PASARAN

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Sakit Tekak Tak Hilang? Ini 7 Cara Cepat Legakan & Redakan Batuk Tanpa Bergantung Ubat!

Brain Fog: Penyakit Senyap yang Mungkin Sedang Merosakkan Produktiviti Anda Sekarang

Probiotik: Bakteria Baik Yang Jaga Usus & Kuatkan Imun Anda Dari Dalam

Mata Pejam, Tapi Otak Masih Berjaga? Ini Puncanya Sebenarnya.

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Scroll to Top