Cukupkah Sekadar ‘Skor’ Peperiksaan SPM? Ini Perkongsian Dr Rizal

Ada yang beritahu, SPM penentu hidup berjaya.

Anak anak ditekan oleh ekspektasi ibu bapa. Belajar siang malam.

SPM mungkin pengukur untuk masuk uni bagus.

Untuk pilih kos bagus.

Tapi bukan penentu sebenar hidup berjaya.

Skor dalam SPM bagus. Hebat apabila dapat 9A+, 10A atau 11A.

Hebat ini hanya satu bahagian kecil dari fungsi OTAK.

Tapi ia bukan tanda kebagusan otak.

Dapat skor kerana kita menguasai silibus, tahu teknik menjawab serta jawapan ikut skema.

Mungkin juga terlibat dalam latihan berulang kali.

Minda terbiasa dengan pattern atau corak soalan.

Penguasaan begini tidak mengangkat kreativiti.

Tidak menjentik fikiran kritikal.

Tidak mampu menjemput cara fikir lateral.

Perlu tambah kehebatan lain. Hebat komunikasi penting.

Trampil dalam komunikasi intra dan interpersonal mustahak.

Maju dalam sukan juga satu kehebatan.

Begitu juga apabila tahu bermain alat muzik.

Semua ini aktifkan bahagian-bahagian berbeza di OTAK.

Usah tersangkut, terlena dalam buai kejayaan SPM.

Ia sudah jadi kisah semalam.

Perlu bangkit diri untuk rebut kehebatan lain.

Sediakan diri untuk depani masa depan.

Lengkapkan diri dengan ilmu kehidupan.

Profesor Noriko Arai, pakar matematik dari Jepun yang cipta robot Todai Robot sebut:

“Dalam dunia Artificial Intelligence atau kepintaran buatan ini.

3C tidak dapat dikuasai oleh AI iaitu critical thinking, creativity dan communication. “

Anthony Goldbloom yang dinobatkan sebagai salah seorang dari 35 Innovator terhebat kini.

Tambah satu lagi iaitu Emosi. AI tidak dapat kuasai emosi.

Saya gariskan formula untuk berjaya pada masa depan.

Pada zaman robot mulai mendominasi.

S = E + C3

[Sukses = Emosi + Creativity + Critical thinking + Communication]

Boleh boleh?

Nantikan PELANCARAN Chickpeas Snack 

Pada 25 Oktober 2023 ini DI SINI

Anda Juga Mungkin Berminat

Ini Sebab Kenapa Salah Pilih Makanan Sahur Buat Otak Lemah Sepanjang Puasa

Punca Gastrik Sebenar Ramai Tak Sedar: Bukan Sebab Asid Berlebihan, Tapi Ini Yang Berlaku Dalam Perut

Puasa & Awet Muda: Rahsia Perlahan Penuaan Dan Panjangkan Umur Yang Ramai Tak Sedar

Bersahur & Berpuasa Dengan Celtic Salt: Rahsia Kekal Bertenaga, Kurang Dahaga & Tak Lemah Sepanjang Ramadan

Paras Normal Gula Darah Semasa Puasa: Berapa Bacaan Sebenar Yang Dianggap Sihat?

Apa Itu Autophagy? Kenapa Ada Orang Puasa Makin Sihat, Ada Yang Makin Lemah

Scroll to Top