Cukupkah Sekadar Skor SPM?

 
Skor dalam SPM bagus. Hebat apabila dapat 9A+, 10A atau 11A. Hebat ini hanya satu bahagian kecil dari fungsi OTAK. Bukan tanda kebagusan otak.

Dapat skor kerana kita menguasai silibus, tahu teknik menjawab serta jawapan ikut skema.

Mungkin juga terlibat dalam latihan berulang kali. Minda terbiasa dengan pattern atau corak soalan.

Penguasaan begini tidak mengangkat kreativiti. Tidak menjentik fikiran kritikal. Tidak mampu menjemput cara fikir lateral.

Perlu tambah kehebatan lain. Hebat komunikasi penting. Trampil dalam komunikasi intra dan interpersonal mustahak.

Maju dalam sukan juga satu kehebatan. Begitu juga apabila tahu bermain alat muzik.

Semua ini aktifkan bahagian-bahagian berbeza di OTAK. Usah tersangkut, terlena dalam buai kejayaan SPM. Ia sudah jadi kisah semalam.

Perlu bangkit diri untuk rebut kehebatan lain. Sediakan diri untuk depani masa depan. Lengkapkan diri dengan ilmu kehidupan.

Profesor Noriko Arai, pakar matematik dari Jepun yang cipta robot Todai Robot sebut:

“Dalam dunia Artificial Intelligence atau kepintaran buatan ini, 3 C tidak dapat dikuasai oleh AI iaitu critical thinking, creativity dan communication.”

Anthony Goldbloom yang dinobatkan sebagai salah seorang dari 35 Innovator terhebat kini tambah satu lagi iaitu Emosi. AI tidak dapat kuasai emosi.

Saya gariskan formula untuk berjaya pada masa depan, pada zaman robot mulai masukk pasaran iaitu S = E + C3 atau sukses = emosi + creativity + critical thinking + communication

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

Kulit Kusam & Cepat Kering? Ini 6 Minyak Terbaik Untuk Kulit Nampak Sihat & Glowing

Mandi Air Panas Atau Air Sejuk? Jawapan Ini Buat Ramai Orang Selalu Silap

Badan Cepat Letih & Kering? Ini 8 Buah Tinggi Kandungan Air Yang Ramai Tak Ambil Peduli

Selalu Gelisah & Susah Tenang? Cuba 7 Makanan Ini Untuk Menenangkan Sistem Saraf

Bukan Supplement Mahal: Ini 9 Makanan Terbaik Untuk Tubuh Sihat Yang Anda Perlukan Setiap Hari

Kenapa Avokado Digelar “Superfood”? Ini 7 Manfaat Yang Tubuh Sangat Perlukan

Scroll to Top