Dehidrasi dan Otak

Fenomena El Nino mengundang bahang panas membara. Bumi mengering. Ianya memberi pelbagai implikasi.

Pada manusia ia boleh mengundang dehidrasi atau kekurangan air. Kesan pada anggota tubuh sudah acapkali dibicarakan. Impak pada otak kurang mendapat liputan.

Kajian menunjukkan dehidrasi yang ringan boleh mengganggu emosi, takat tenaga serta kebolehan berfikir dengan jelas akan terganggu.

Dehidrasi juga menyebabkan sakit kepala, letih, tension dan kesukaran untuk fokus.

Dalam konteks seharian, dahaga biasanya dijadikan indikator untuk minum. Malangnya menggunakan dahaga sebagai indikator secara tidak langsung telahpun meletakkan seseorang terkena bahana kesan dari dehidrasi ringan ini.

Sebabnya apabila seseorang merasa dahaga, dia telahpun kehilangan hampir 1.5% kandungan air dalam dirinya. Justeru itu, kekerapan meminum air patut ditingkat. Elakkan dari menunggu hingga dahaga.

Minum sekurang-kurangnya sejam sekali. Pastikan dua liter air diteguk setiap hari. Sekiranya anda bangun di waktu pagi dengan sakit-sakit badan, ada kemungkinan anda kekurangan air.

Minum 500ml sewaktu bangun dari tidur boleh menghilangkan sakit-sakit badan ini.

Jom minum air. Ianya menambah menambah oksigen pada otak dan tubuh.

Jom minum!

Anda Juga Mungkin Berminat

11 Makanan Untuk Kesihatan Organ Dalam Tubuh Badan

11 Kebaikan Kulit Kayu Manis

8 Teh Baik Untuk Anxiety & Kesihatan Mental

10 Makanan Melawan Parasit Dalam Tubuh Secara Semula Jadi

20 Nutrisi Labu Yang Memberi Manfaat Pada Tubuh

Pisang Hijau atau Pisang Ranum: Perbezaan Nutrisi & Manfaat

Scroll to Top