Sebelum ni saya ada share artikel mengenai cuba check ada tak ‘destructing self talk’ dalam diri anda?.
Harini saya nak kupas dengan lebih mendalam mengenai DST ni dan 7 cara macam mana kita nak atasinya.
DST ni dia macam seni berdialog dengan diri sendiri. Ada dua jenis iaitu self-talk positif dan self-talk negatif.
Minda kita ni sentiasa berfikir…apa yang dilihat…apa yang didengar….apa yang dibaca semuanya masuk dalam pemikiran kita.
Betul tak?
Yang positif tu saya pasti tiada masalah sebab boleh boost semangat kita dalam melakukan sesuatu perkara. Manjadikan hidup kita lebih baik.
Yang saya nak highlight adalah, ramai orang terjebak dalam self-talk negatif kerana tiada keyakinan diri, benci pada diri sendiri dan triggered dengan kejayaan mahupun kehidupan orang lain.
Cara-cara untuk mengatasi DST adalah seperti berikut;
1- Gali emosi positif dalam diri
Saat cemas atau stres, self-talk akan lebih cenderung kepada negatif. Tipulah kalau saya cakap saya tak pernah alami ni.
Namun ingat…
Semua benda yang kita buat ni memerlukan usaha…tiada usaha maka tiadalah hasil..
Kita boleh mencapai kebahagiaan dengan berusaha sebaik mungkin untuk menggali sedalam-dalamnya sampai lah kita jumpa emosi positif.
Contoh emosi positif termasuklah bersyukur, bangga, tenang, humor, berharap, kagum dan perasaan cinta.
Berdiri depan cermin…puji diri setinggi mungkin…SAYA BOLEH!
2- Elak perkara yang boleh mengganggu minda
Perkara yang boleh distract ketenteraman mental dan fizikal kita ni kalau boleh kita singkirkan terus.
Saya banyak terima mesej bercerita mengenai rakan sahabat mahupun ahli keluarga yang depan-depan….bagaikan bidadari syurga…namun hakikatnya itu semua hanya pura-pura.
Saya yakin ramai yang pernah alami situasi macam ni…bila dapat tahu…jadi tertekan lepastu mula kritik diri sendiri.
Senang je…berhenti kisah pasal mereka yang mengata, fokus kepada diri kita sendiri sahaja.
Janji kita tak kacau orang..
3- Amalkan meditasi ‘me time’
“Aduh…kenapa aku ni bodoh gila..”, “Kenapa aku tak sebaik mereka..” Ni contoh self-talk negatif yang selalu kita cakap dekat diri sendiri.
Kritikan tu bagi saya…penting TAPI kritikan tu perlulah membina (constructive criticism).
Ni kalau asyik lempar kritikan memusnah, mana taknya mental kita tak sakit…
Betul tak?
Jadi, banyakkan buat meditasi; salah satu cara paling efektif untuk mencapai ketenangan minda dan fizikal.
Buat di tempat yang senyap dan terhindar daripada sebarang gangguan luar.
4- Lain orang, lain rezeki
Saya sangat suka frasa ni…nak tahu kenapa? Sebab manusia ni berbeza rezekinya sesuai dan setara dengan usaha.
Pernah tak orang compare pasal gred keputusan sekolah…bila kita tak skor lepastu kita tengok kawan kita semua skor…kita start downgrade diri sendiri.
Lain kali sebelum nak komen dekat diri sendiri, ingat ni..
Ada orang Tuhan bagi rezeki dari segi kerja berjaya, duit banyak, asyik travel…ada orang hidup biasa je, duit cukup, baik kesihatan…
Jadi, jangan pernah persoalkan, dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.
5- Fokus untuk capai keberkatan Allah SWT
Dalam hidup ni, gol utama kita sebagai seorang Muslim adalah mencari keberkatan Tuhan.
Manusia ni ada pelbagai emosi…Rencamnya menguja dan meresahkan…Ada suka ada duka. Kadang-kadang ada waktu di mana kita terpesong daripada jalan lurus…
Rasa putus asa dengan hidup…kecam diri sampai mencederakan diri sendiri. Ini semua adalah realiti kehidupan sebenar.
Tambahan pula sekarang kes Covid-19 yang tidak berkesudahan, emosi kita jadi tak stabil.
Namun…percayalah…selagi kita ingat kepadaNya, inshaAllah kita akan dilindungi.
6- Belajar daripada kesilapan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan di mana kita akan buat banyak kesilapan.
Setiap kali rasa macam nak mengata diri sendiri tu, ingat pesan ni; Dengan nama Allah aku mulakan misi jadi muslim kuat. Jadi muslim sihat.
Bila kita buat silap, kita bangkit kembali. Jangan ungkit pun…cukuplah kita buat silap..lepastu kita move on…move forward.
7- Belajar benda baru
Perasan tak bila kita belajar benda baru, automatik kita akan jadi happy?
Sebab tu first time kita alami pengalaman sebegitu. Kadang-kadang self-talk negatif ni terjadi sebab kita takde benda nak buat.
Bagus ya kita belajar contohnya hobi dan skil baru untuk tambah ilmu dan majukan diri.
Kita boleh elak diri daripada berfikir bukan-bukan dengan melakukan aktiviti. Kita akan develop perspektif dan idea baru.