Ada Apa Dengan Diet Karnivor? [Bahagian 1]

04
HARI
:
 
09
JAM
:
 
29
MINIT
:
 
09
SAAT

You missed out!

“Manusia kena makan sumber berasaskan HAIWAN sahaja”🍖

Teh, kopi pun tak boleh ambil sebab sumber daripada tumbuhan!

Menarik soalan ni,

“Apa pendapat Dr. tentang diet karnivor?

Sebab ada kajian dibuat di mana didapati,

Badan kita tak dicipta untuk digest makan tumbuhan,

Sebab tumbuhan akan keluarkan bahan kimia,

Yang mana apabila kita makan kita akan sakit atau keradangan,

Kerana tumbuhan tak boleh larikan diri macam haiwan,

Untuk pertahankan diri, 

Tumbuhan akan keluarkan bahan kimia kepada musuh atau sesiapa yang memakannya”

 

Soalan yang cukup bagus👏

Saya yakin ramai yang tak pernah terfikir pun.

Betul ke manusia sebenarnya tak perlu pun makan makanan berasaskan tumbuhan?

Manusia perlu makan untuk hidup.

Walaupun ada yang hidup kerjanya makan dan makan.

Kita ambil konsep paling simple,

“Wasat’ dalam Islam atau sederhana (moderation).

Sebab itu penting untuk manusia amalkan pemakanan seimbang.

Bila sebut pasal seimbang,

Ia perlu merangkumi kesemua nutrisi yang tubuh perlukan,

Termasuk mineral, vitamin, serat, protein, lemak, karbohidrat.

Dalam haiwan, ada nutrisi yang tiada/kurang dan hanya ada dalam tumbuhan jer.

Contohnya, 

Vitamin C, Folate, Fiber, Vitamin E.

Ada juga nutrisi yang tiada/kurang dalam tumbuhan dan hanya ada dalam haiwan,

Iaitu,

Protein, Zinc, Vitamin B12, Calcium.

Untuk saling melengkapi,

Manusia perlu ambil kedua duanya sekali.

 

Memang betul,

Usus perlu kerja lebih keras untuk hadam nutrien daripada tumbuhan.

Nak serap nutrien darinya perlukan kerjasama pelbagai jenis enzim.

Kita panggil sebagai ‘bioavailability’

Tapi!

Ada cara nak mudahkan kerja usus.

Nak pastikan nutrien tumbuhan diserap tubuh semaksimal mungkin, 

Penting untuk gabungkan dengan sumber tertentu.

Contohnya, 

Makanan tinggi vitamin A,D,E,K diambil bersama lemak sihat. 

Makanan kaya Vitamin C digabung bersama makanan tinggi Zat Besi. 

Manakala makanan tinggi Kalsium pula seeloknya,

Tidak diambil bersama makanan tinggi Magnesium, Zat Besi atau Zink.

 

Selain itu, penting juga untuk pastikan semasa makan, 

Kita betul betul kunyah sampai lumat

Bila masuk ke dalam usus,

Ia boleh serap nutrien dengan lebih mudah.

So far, boleh hadam info di atas? 

Ini baru Part 1,

Paling ringkas saya boleh huraikan.

Nantikan sambungan seterusnya…

Anda Juga Mungkin Berminat

Ada Apa Dengan Diet Karnivor? [Bahagian 1]

4 Jenis Racun Ini Disembur Pada Tanaman

5 Tips Mudah Elak Muka Kembang (Puffy Face)

“Kenapa Berat Tak Turun?” – Bagaimana MCT Oil Bantu Weight Loss?

25 Makanan Bantu Kurangkan Simptom Anxiety

7 Manfaat Gosok Lidah Ramai Tak Tahu (Tongue Scraping)

Scroll to Top
0