Digital Backbiting

 

Tahun lepas pergi Melbourne. Selesai urusan di Melbourne terbang ke Canberra. Sambung urusan lain pula.

Dalam kesibukan cari Sheikh Nuruddin. Dulu dia bertugas di Islamic School of Canberra. Asalnya dari Maghribi. Wajah bercahaya.

Sejuk mata memandang.

Pencarian buahkan hasil. Sempat berjumpa Sheikh Nuruddin. Saat berjumpa di mulut Sheikh keluar perkataan Masyaa Allah, Allahu Akbar, Subhanallah.

Kami berpelukan. Lama. Dimulutnya masih dengan kalimah suci.

“Subhanallah akhi great to see you! How are your children and family?” Ini soalan lazim Sheikh Nuruddin. Semua anak anak sempat berguru dengan beliau. Dia masih ingat.

Disebut nama mereka satu persatu. Hebat ingatan beliau.

Kami berbual. Bertanya tentang perkembangan masing-masing.

Sheikh Nuruddin kerap sebut tentang fitnah akhir zaman. Dia sebut tentang fb. Katanya fb boleh jadi ladang pahala atau kawah api neraka.

Saya angguk. Saya minta dia jelaskan.

You have fb account don’t you?” Tanpa sempat saya jawab dia terus sambung.

“People say nasty things about other people in fb. Fitnah and backbiting happen every single second.

People thoughts when they said something which they thought true about other people behind this people back, that is backbiting. Digital backbiting. If what they said was wrong and that is fitnah akhi.”

Saya dengar dan angguk. Betul sekali. Ramai menulis dan membantai orang dalam fb tanpa orang yang dibantai itu sedari.

Mereka berkokok merekalah betul. Merekalah hebat. Mereka bersembunyi atas nama lain. Itu adalah umpat digital.

Malang lagi kalau apa yang ditulis tentang orang itu tidak betul, ia jadi fitnah. Lebih bahaya lagi pada kantung pahala di akhirat sana.

Sheikh Nuruddin sambung. “Don’t these people think that in the yaumul akhirah they’ll be crawling and begging from the they slandered upon.”

Berderau darah saya pada saat ini. Terasa bulu roma naik mendadak. Goosebumps kata orang putih.

Bayangkan kata kata Sheikh Nuruddin yang dipetik dari hadis, bahawa manusia manusia di akhirat nanti akan mencari orang yang mereka umpat dan fitnah dalam keadaan merangkak dan merayu untuk dimaafkan.

“Tell people akhi. Tell your family and friends. Be careful.”

Hari ini saya sampaikan amanat Sheikh Nuruddin ini. Saya berdoa dijauhkan dari jadi seperti kelompok manusia. Saya berdoa biar fb ini jadi ladang pahala untuk saya dan anda yang membaca. Bukan kawah api neraka.

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

22 Makanan Bantu Menguatkan Buah Pinggang!

Scroll to Top
0