Donut Orang Melayu Yang Power Dan Boleh Dimakan

 

Donut orang putih dibuat dari tepung gandum. Tepung yang diproses. Tepung yang dibleach hingga putih.

Donut Melayu namanya keria. Orang utara sebut coq keria. Dibuat dari ubi keledek. Dibuat dari makanan kategori superfood.

Lebih hebat donut melayu berbanding donut orang putih. Donut Melayu handmade. Donut orang putih dah pakai mesin.

Donut Melayu power lagi berbanding donut orang putih. Hilang power apabila diletak gula putih dan digoreng dengan minyak biasa.

Kalau ubi keledek itu jenis ubi cilembu, uni madu, atau ubi Jepun, tidak perlu lagi diletak gula. Manisnya sudah tersedia.

Donut Melayu akan kekal power apabila digoreng guna minyak kelapa atau dibakar. Akan power apabila gula putih diganti gula kelapa. Lebih natural.

Jadi apabila teringin makan makan donut, pastikan ianya donut Melayu. Pastikan ianya coq keria. Elakkan donut orang putih.

 

P/S : Saya suka berkongsi ilmu ilmu tentang OTAK & kesihatan di telegram saya. Klik link untuk sertainya t.me/neuroversiti

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Resepi Jus Ubi Beetroot Patut Anda Cuba!

Ketahui 5 Tips Pemakanan Untuk Pesakit Autisme

11 Kebaikan Madu Kelulut Untuk Kesihatan

25 April – Hari Malaria Sedunia: Kenali 5 Simptom Dan Cara Pencegahannya

11 Manfaat Nanas Untuk Kesihatan Wanita Ramai Rupanya Tak Tahu!

9 Kebaikan Ubi Beetroot Untuk Ibu Hamil

Scroll to Top