Duit & Otak

Cerita duit menarik. Macam-macam berlaku kerana duit. Macam-macam dilakukan untuk dapat duit.

Perihal duit saudara bergaduh. Perihal duit seorang menyembelih nenek sendiri.

Asbab duit rumahtangga hilang rumah tinggal tangga.

Teringat kajian tentang duit. Dilakukan pada orang bisnes. Imbasan otak dibuat ke atas mereka.

Apa yang berlaku apabila tawar menawar berlaku?

Apabila kita menerima tawaran tentang sesuatu yang melibatkan duit?

Bahagian dorsolateral pre frontal cortex (DPFC) menjadi aktif.

Letaknya belakang dahi kita. Bahagian ini jadikan kita cakna.

DPFC mampukan kita buat refleksi. Jadikan ada kuasa selesaikan masalah kompleks.

Apabila tawaran yang diterima dirasakan tidak adil, bahagian lain yang menjadi aktif.

Namanya Anterior Insula. Bahagian ini berkait rapat dengan emosi.

Anteriro Insula jadikan kita risau. Apabila sakit hati, di sinilah tempatnya.

Bahagian ini juga sebabkan kita lapar.

Apabila ada sesuatu yang tidak kena, kita mula rasa tidak selesa di perut.

Itu kerja anterior insula. Orang putih bilang ada rama-rama dalam perut.

Pasal duit ini libatkan banyak lagi bahagian otak.

Kalau asyik fikir pasal duit sahaja kesannya sama macam ambil dadah kokain. Biar betul?

Ya. Apabila otak manusia yang asyik mengejar duit diimbas,

bahagian otaknya yang aktif sama dengan bahagian otak yang aktif bagi orang ketagih kokain.

Ini fakta dan kajian klinikal.

Jadi, hati-hati dengan duit.

Jangan ketagih.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Scroll to Top