Earphone & Otak

Hari khamis. Sampai ke KL Sentral sekitar jam 5:20 petang. Berkilik dengan beg besar.

Mahu ke KLIA2. Mahu pulang ke Kuching. Penerbangan 9:40 malam. Masa masih banyak.

Apa kata buat ‘observation study’? Bisik hatiku. Dalam erti kata lain tengok tingkah laku orang. Asah balik skil ‘membaca’ manusia.

Monolog ini terhenti. Aku cari tempat strategik. Mudah untuk perhati.

Waktu itu waktu puncak. Orang mundar mandir. Ada yang berjalan cepat. Ada yang lenggang kangkung ala-ala Kak Kiah pergi pasar.

Macam -macam bau juga yang keluar. Pelbagai baju, warna dan corak. Ada yang kenakan baju batik. Itu mesti kerja gomen. Aku bermonolog sendirian lagi.

Gaya orang kerja gomen, kerja swasta dan bisnes berbeza. Itu mudah teka.

Dalam memerhati, aku lihat apabila manusia ini apabila sendirian, ditelinga pasti ada earphone. Hampir 90% ada earphone di telinga.

Teringat salah satu lecture aku hadiri di University of Pennsylvania. Kesan guna earphone pada otak.

Earphone yang kuat dipasang boleh cederakan pendengaran. Itu semua orang tahu. Ajaibnya orang tidak tahu earphone boleh cederakan otak. Sebabkan tisu otak tercedera.

Earphone juga sebabkan Alzheimer. Kalau nak guna juga bagaimana? Mungkin ada yang tertanya-tanya.

Apabila kita mahu guna earphone pastikan ianya 50% dan ke bawah. Tinggikan kuasa bunyi lebih dari 60% sudah masuk zon bahaya.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top