Pernahkah Anda Berfikir...

  • Apakah kedahsyatan puasa terhadap otak?
  • Bagaimanakah kesan puasa terhadap hormon-hormon dalam badan kita?
  • Rahsia kenapa kita digalakkan berpuasa​?
  • Kenapa orang barat semakin mempopularkan fasting?

source: australia.com

Saya kongsikan satu kisah benar.

Teringat masa training Functional Medicine di Canberra, Australia.
Waktu itu winter. Mujur winter di Canberra masih ada sinar mentari.

Kuliah dah di hujung hujung. Dr Hyman bertanya any last question?

Terpacul soalan dari mulut ini “How about fasting?”

Dr Hyman senyum. 
Ada tawa kecil.

Dia sebut puasa beri 4 kuasa DAHSYAT:

  1. 1
    Decrease the effects of aging (memperlahankan proses penuaan)
  2. 2
    Regenerate stem cells (melahirkan sel-sel baru)
  3. 3
    Decrease stubborn abdominal fat (mengurangkan lemak perut)
  4. 4
    Optimize insulin levels (memoptimumkan pengeluaran insulin)

Panjang huraian Dr Hyman. Semua kusyuk. 
Puas hati, jantung dan ginjal jadinya. 

Kata Dr Hyman, 
“Orang Islam untung sebab puasa sudah sistemik. Ada dalam sistem percaya orang Islam.”

Cuma terfikir waktu itu. Kenapa impak power tidak kelihatan pada orang Islam? 

Dr Hyman seolah terdengar detikan soalan itu.

Dia tambah “Malangnya orang Islam makan sakan lepas berbuka. Ada yang lupa diri” .

“Sayangkan?” Katanya menutup hujahnya.

Sampai sekarang masih terfikir kata kata Dr Hyman. 

Betulnya bab kita ini makan sakan waktu berbuka. 

Hebatkan Puasa

Ini adalah satu daripada banyak kisah yang anda akan dapat dalam Ebook: The Power of Fasting.

Saya akan bantu anda menjawab persoalan:

  1. 1
    Apakah kedahsyatan puasa terhadap otak?
  2. 2
    Bagaimankah kesan puasa terhadap hormon-hormon dalam badan kita?
  3. 3
    Rahsia kenapa kita digalakkan berpuasa?

Jawapan yang akan saya kongsikan adalah dari SUDUT SAINS dan DALAM BAHASA YANG MUDAH.

Bahkan saya akan kongsikan dengan anda juga:

  1. 1
    Apa berlaku pada badan apabila berpuasa
  2. 2
    Kesan puasa pada Hippocampus
  3. 3
    Bagaimana puasa memecahkan lemak-lemak yang lama diternak
  4. 4
    Kenapa bagus studi masa puasa
  5. 5
    Kesan puasa terhadap Growth Hormone

Bukan itu sahaja, saya akan cerita nasihat yang diterima daripada Prof di Harvard.

Prof ini seorang Yahudi dari Boston. 
Pakar dalam bidang otak dan tidur. 
Prof ada berikan nasihat tentang puasa.

Fokus utama Ebook The Power of Fasting adalah berkaitan tentang OTAK, MAKANAN dan PUASA.
Detailnya akan saya terangkan nanti.

Saya mahu kongsi satu lagi kisah (sedutan daripada ebook ini).

Titik Spiritual

Otak manusia kompleks. Lakukan pelbagai fungsi.
Semua perkara yang ada kaitan dengan manusia, pasti pengarahnya adalah otak.

Tiada yang tertinggal.

Ramadan beberapa hari sahaja lagi.
Malam pertama Ramadan, masjid akan penuh luar biasa.
Ramai hadir.

Aspek spiritual menjadi tinggi. Semangat beribadat meningkat.
Tetapi tidak lama.

Di mana duduknya spiritual di dalam otak manusia?

Letaknya di __________ (jawapan ada di dalam Ebook).

Andai aktif bahagian belakang mata kanan, unsur spiritual manusia meningkat.

Selain spiritual, __________ juga menjaga pusingan tidur manusia. Apabila kita memproses sesuatu berkaitan masa, __________ yang sibuk.

Kanak-kanak yang lambat berbicara, puncanya di __________ juga.
Andai kita cakap tersangkut-sangkut dan tidak lancar, ada isu dengan __________.

Bila lapar dan perut berbunyi. Hormon Ghrelin mengeluarkan suara emasnya. Tempatnya juga di __________.

Apabila kita tidak menggunakan waze tapi hanya berpandukan ingatan sahaja, tempatnya juga di __________.

Emosi juga diproses di __________.

Ini adalah sebahagian sahaja dari __________.

Apa akan jadi andai __________ tidak dapat berfungsi dengan baik?

Lapar menjadi-jadi.
Bahasa tunggang-langgang.
Sesat memanjang. Asyik salah jalan.

Hubungan manusia dengan tuhan jadi jauh.

Untuk orang Islam, hubungan dengan Allah mesti super rapat. Bukan sipi-sipi.

p/s: pastinya anda tidak sabar mahu mengetahui apakah __________ ini kan? dapatkan Ebook ini segera.

Siapa Dr Rizal

Dr Rizal Abu Bakar. Satu dalam seribu. Datangnya umpama cahaya yang menerangi. Memperbetulkan otak yang biasa-biasa kepada luar biasa.

Bukan calang-calang persona. Asal cerita mendapat pengiktirafan doktor falsafah (PhD) dari Australian National University dengan thesis yang bertajuk : Sleep Disordered Breathing and Depression: Moderating IImpact of Perceived Stress and Responses to CPAP.

Minatnya terhadap prestasi otak telah menjemput beliau ke Harvard Medical School pada tahun 2010. Di sana beliau menerima latihan dalam bidang Otak dan Tidur.

Setelah berkhidmat hampir 10 tahun di Australia, Dr Rizal membuat keputusan untuk pulang menabur bakti di Malaysia. 

Lalu beliau pulang berkhidmat sebagai seorang pensyarah di Universiti Malaysia Sarawak.

Dr Rizal aktif berkongsi tips meningkatkan prestasi otak di Facebook. Dari tidak dikenali, kini beliau sudah mempunyai 71,277 followers.

Lanjutan dari itu beliau telah menganjurkan pelbagai seminar mendidik masyarakat supaya menjaga otak. Dr Rizal juga melancarkan kursus OCOC secara Online dari masa ke masa.

Kini Dr Rizal hadir dengan Ebook The Power of Fasting. Dedikasi khas bagi mereka yang mahu memahami rahsia puasa terhadap otak.

Great Brain, Great Life!

Kenapa Saya Tulis Ebook Ini?

Masa kecil kecil dulu hidup susah.
Pernah sekali saya teringat saya ada dua seluar pendek.
Satu seluar sekolah. Satu lagi seluar bola.

Walaupun miskin, saya tengok ayah saya rajin baca.
Bermula dengan surat khabar.

Bila ayah dah mula berniaga kecil kecil, ada simpanan sikit dia mula beli buku.

Dari sebuah buku hingga ke satu almari buku dan kitab.
Dari situlah muncul minat saya untuk baca buku.

Dalam banyak tajuk, saya tertarik dengan puasa.

Kenapa puasa?

Ayah kata Allah suruh. Betul dan tepat sekali.

Cuma masa bila besar baharu diubah soalan jadi apa kelebihan puasa?

Bila cari banyak bercerita tentang tubuh badan.
Tetapi tiada bercerita tentang kebaikannya pada otak.

Maka lahirlah idea untuk mengumpul dan menulis berkaitan puasa dan otak.
Pastinya kelebihannya juga bergantung pada makanan yang kita ambil.

Asalnya menulis untuk FB sahaja.
Kemudiannya dicantum, diubah dan ditambah untuk dijadikan ebook.
Kehebatan puasa terbukti dari sudut saintifik.

Ebook ini diambil dari kajian jurnal-jurnal saintifk.
Saya tidak ketengahkan bahasa dan terma saintifik.
Lebih kepada pendekatan santai. Bahasa mudah. Agar sampai.

Ebook THE POWER OF FASTING - 12 Kelebihan Puasa Pada Otak dan Tips Pemakanan Mesra Otak bukanlah nasihat perubatan.

Ia ilmu berkaitan kesihatan. Ilmu untuk boleh kita miliki kesihatan dambaan.

Ebook ini adalah sumbangan kecil saya kepada masyarakat. Saya yakin dan percaya padanya ada manfaat.

Selamat membaca!

Kandungan Ebook The Power of Fasting

Topik 1 : Otak

  • Powernya Puasa
  • Kebaikan Puasa Pada Otak
  • Apa Berlaku Apabila Berpuasa
  • Puasa Melahirkan Sel Otak Baru
  • Puasa, Sel Otak Baru & Ketone
  • Puasa Memecahkan Lemak Dalam Tubuh Manusia
  • Puasa & BDNF
  • Puasa & Human Growth Hormone
  • Puasa & Autophagy
  • Al-Quran, Ramadhan dan Otak
  • Bagaimana Kita Jadi Lapar?
  • Kisah Udin

Topik 2 : Tidur dan Puasa

  • Tips Tidur
  • 3 Kesan Tidur Selepas Sahur
  • Tidur Selepas Sahur - LAGI!

Topik 3 : Ibadah Ketika Puasa

  • Terawih, Mengantuk dan Otak
  • Ada Apa Pada Otak
  • Pecutan Akhir
  • Semak Diri

Topik 4 : Makanan dan Puasa

  • Nak Masak Apa Berbuka Dan Sahur?
  • Buka Puasa
  • Kenapa Berbuka Dengan Tamar
  • Kenapa Berbuka Dengan Tamar 2
  • Buka Puasa Dengan Sayur
  • 7 Sebab Perlu Ambil Protein Ketika Puasa
  • 7 Sebab Perlu Elak Ambil Minuman Berkafein Semasa Berpuasa
  • 5 Makanan Perlu Elak Semasa Berbuka
  • Sahur Dengan Chia Seed
  • Makan Apa Nak Bagi Tahan Lama Kenyang Masa Puasa
  • Menu Buka Hari Ini
  • Desert Otak Cantik Untuk Berbuka
  • Puding Coklat OCOC
  • Bazar Ramadhan
  • 7 Tips ke Bazar Ramadhan
  • Cerita Ramadhan di Australia
  • Pantang
  • Biskut, Kek & Pastri Raya

BONUS: Sahur dan Raya

  • 7 Idea Sahur
  • Lagu Raya, Takbir Raya dan Otak
  • 4 Tips Sihat Di Hari Raya
  • Hari Lebaran Atau Hari Lebarkan
  • Satu Hari Di Hari Raya
  • 3 Makanan Kurangkan Mengidam Pada Manis
  • Minuman Bergula Kecilkan Otak
  • Tauhu dan Kuah Kacang
  • Penangan Biskut Raya
  • Cerita Biskut Raya Lagi
  • Wajah-Wajah Raya Di Luar Negara

Maklumat Ebook

Produk Digital Ebook The Power of Fasting

Ebook ini akan dijual pada harga RM129. Tapi untuk 5 hari pertama ini ada tawaran istimewa.
Diskaun harga pembukaan + Super Bonus Istimewa.

Biasa

Ebook sahaja


RM129

  • check
    Ebook The Power of Fasting : 12 Kelebihan Puasa Pada Otak dan Tips Pemakanan Mesra Otak 

Istimewa

Ebook + SUPERBONUS


RM249

  • check
    Ebook The Power of Fasting : 12 Kelebihan Puasa Pada Otak dan Tips Pemakanan Mesra Otak 
  • check
    BONUS: Ebook Resepi Ramadan (bernilai RM51)
  • check
    BONUS: Ebook Resepi Otak (bernilai RM49)
  • check
    BONUS: Ebook 3 Perkara (bernilai RM49)

Penafian:
Ebook THE POWER OF FASTING - 12 Kelebihan Puasa Pada Otak dan Tips Pemakanan Mesra Otak bukanlah nasihat perubatan. Ianya merupakan hasil kajian yang disampaikan dalam bentuk yang mudah. Ebook ini bertujuan memandaikan umat.