“Elak dulu makan telur dan ayam, nanti luka lambat sembuh”
“Tak tahu duduk diam. Nanti bentan jahitan tu, baru tau!”
“Jangan makan makanan laut, risau gatal luka tu nanti!”
Ini antara pantang larang sering
kita dengar dan ditujukan kepada
seseorang yang baru selesai
menjalani pembedahan.
Tahukah anda?
Pantang larang ini dikaitkan dengan
pengalaman nenek moyang kita dahulu
yang telah dipercayai sehingga kini.
Mungkin anda tertanya tanya,
adakah ini benar atau sekadar
mitos semata-mata?
Jadi,
terdapat beberapa faktor disebalik
mitos yang selalu kita dengar.
Mitos 1: Makanan berprotein seperti ayam dan telur boleh menyebabkan luka bernanah
Sebenarnya,
tiada kajian saintifik yang
membuktikan dakwaan ini.
Malah,
ayam dan telur kaya dengan
protein yang membantu
mempercepatkan penyembuhan luka.
TETAPI!
Jika seseorang mengalami alahan
terhadap makanan ini,
sebaiknya elak mengambil makanan
ini selepas menjalani pembedahan.
Mitos 2: Elakkan makanan laut yang boleh menyebabkan kegatalan dan alergik
Ya, memang tidak dinafikan
makanan laut seperti udang, ikan dan
sotong boleh menyebabkan alahan
kepada sesetengah individu.
Sekiranya seseorang yang mempunyai
sejarah alahan terhadap makanan laut,
seeloknya dielakkan!
Namun,
bagi mereka yang tiada masalah alahan
makanan laut ini sebenarnya kaya dengan
zink dan protein yang boleh membantu
pemulihan luka.
Tahukah anda?
Jika berlakunya gatal gatal pada luka,
ia bukan punca daripada makanan laut
tetapi biasanya adalah sebahagian daripada
proses penyembuhan semula jadi.
Mitos 3: Makan sayur atau buah yang sejuk boleh menyebabkan luka jadi sakit
Sebenarnya,
tidak ada asas saintifik yang
menyatakan bahawa makanan sejuk
boleh melambatkan penyembuhan luka.
Ini lebih kepada kepercayaan
turun temurun orang dulu dulu!
Padahal,
semua jenis sayuran dan buah buahan
kaya dengan vitamin dan mineral yang
membantu mempercepatkan proses
penyembuhan luka.
Tidak kiralah sama ada
sayur atau buah tersebut berada
dalam keadaan sejuk ataupun tidak!
Mitos 4: Terlebih aktif bergerak boleh jadi luka mudah bentan dan lambat sembuh
Pantang larang ini ada benarnya,
tetapi tidak sepenuhnya tepat!
Seseorang yang menjalani
pembedahan memang perlu
berehat secukupnya.
TETAPI!
terlalu banyak berbaring juga boleh
menyebabkan komplikasi seperti
darah beku dan kelemahan otot.
Sebaiknya,
ikut saranan doktor tentang tahap
pergerakan yang sesuai supaya
badan tidak terlalu lemah.
Kesimpulannya,
sebahagian besar pantang larang selepas
pembedahan adalah kebanyakannya lebih
kepada mitos semata mata.
Yang paling penting!
Patuh nasihat doktor dan pastikan
badan mendapat nutrien serta
pergerakan mencukupi untuk proses
penyembuhan luka yang lancar!
Belajar sesuatu?