Asyik Bermain Gajet Penyebab ‘Hyperfocus’ – Ini Perkongsian Dr Rizal

Bahaya hyperfocus ni.

Bila anak mulai taksub dan leka dalam dunia gajet itu sendiri.

Ini bukan fokus biasa biasa.

Tanpa sedar akan keadaan di sekelilingnya.

Kalau panggil pun tak dengar. Kena cuit baru tersedar.

Saya tengok di mall dan di kedai makan terutamanya.

Anak kecil lagi baru 3,4 tahun dah bagi main gajet.

Sebab nak elak serabut dan pening kepala jaga anak.

Kajian dalam jurnal Front Psychiatry tahun 2023 dapati,

Simptom hyperfocus ada dalam individu attention-deficit/hyperactivity disorder (ADHD).

Risiko simptom naik sebanyak 10% bagi yang ketagih bermain gajet.

Hyperfocus pada kebebasan bermain gajet dan Internet menyebabkan:

anak hilang fokus

sukar terima pembelajaran

sukar bersosial

risiko obesiti

bersikap agresif

terdedah kepada radiasi

alami ‘sleep deprivation’

alami masalah penglihatan

lemah sistem imun

masalah saraf jari/muka

Jadi, ibu bapa kena sentiasa peka dengan masa diberi untuk elak ketagihan gajet.

Selagi boleh elak bagi gajet, elakkan. Boleh begitu?

 

#DrRizal #Neuroversiti #hyperfocus

Anda Juga Mungkin Berminat

Apa 9 Faktor Risiko Kanser di Malaysia?

Minum Kopi Boleh Menyebabkan Osteoporosis?

Guna 3 Tips Ini Ketika Bercakap Dengan Anak

8 Manfaat Senaman Aerobik Untuk Kesihatan

Ini ‘Kesan’ Obesiti Ke Atas Kanak Kanak

18 Tips Dr Rizal Untuk OTAK Cerdas Dan Sihat

Scroll to Top