Perbezaan Garam & Monosodium Glutamat (MSG)

DAPATKAN PRODUK NI LAGI SEDAP OCOC

TANPA MSG / TANPA PEWARNA TIRUAN / 100% BAHAN ASLI

ALTERNATIF SIHAT UNTUK MASAKAN LEBIH SEDAP!

MSG ni LEBIH BAIK berbanding garam?

Eh, mana ada, takkan Ajinamoto lagi baik daripada garam laut?

Apa kata tuan puan?

Garam dan MSG ni memang sangat sinonim dalam masakan.

Seluruh dunia guna.

Kalau takde garam, takde MSG makanan pun jadi tak sedap.

Rasa hambar sekali gus nak makan pun tak berselera.

Betul tak?

Journal of Clinical Investigation (2017) mendapati,

Masin garam ni mampu naikkan selera makan. Bila selera berganda, kita jadi pelahap.

Makan asyik tambah. 2 ke 3 pinggan nasi.

Berketul-ketul ayam goreng. Kuah banjir. 

Perasan kan makanan viral seperti ayam goreng cheese jeluok, egg yolk french fries, ayam gunting.

Semuanya masin dan penuh perisa.

Kalau reti kawal, takde masalah.

Yang menjadi masalah, ramai yang kecundang dalam mengawal kuantiti.

Realitinya, bukan senang nak kawal bila dah dah kerap terjebak makan makanan masin.

Masa makan tu memang takkan perasan. Nafsu makan mengaburi minda.

Bukan fikiran je kelaut, sel-sel otak tunggang terbalik.

Diganggu oleh garam dan MSG.

Makan punya makan lama-lama fizikal membesar.

Dagu beranak double chin, peha bergesel, perut maju ke depan. Penyakit mulai ketuk pintu.

Bagi salam pun tak. Terus masuk. Time ni perit tu menyesal tak sudah.

Sebab tu, garam mahupun MSG atau bahan perasa lain.

Tiada yang lebik baik atau lebih buruk.

Kalau ambil sedikit maka baik. Kalau ambil lebih maka buruk.

Simple.

Tapi! MSG ni kesannya perlahan.

Dia menyerang dari dalaman, bukan luaran.

 

Garam

Garam – nama saintifik natrium klorida iaitu sebatian bukan organik yang mengandungi mineral penting untuk tubuh.

Apa mineral penting tu?

Nama dia sodium. Sodium ni nama lain untuk natrium.

Garam ni perlu diambil dalam jumlah kecil untuk dapatkan khasiatnya.

Garam ni sangat penting untuk metabolisma badan.

TAPI INGAT!

Pengambilan garam berlebihan mampu tingkatkan risiko.

Penyakit kardiovaskular dan tekanan darah tinggi.

Garam yang selalu mak guna untuk memasak di dapur iaitu

Garam masakan dalam bentuk natrium klorida.

Garam yang ada dalam bahan pengawet potato chips, kicap, marjerin.

Adalah dalam bentuk sodium benzoat dan sodium nitrat.

Garam dalam penambah perasa iaitu MSG dan vetin.

Ada lagi bentuk lain garam iaitu,

Dalam makanan bertepung seperti roti dan pastri dalam bentuk sodium bikarbonat.

Haa tahu ke tak tahu?

Kajian menemukan bahawa mereka yang ambil banyak makanan ada garam tersembunyi.

Mempunyai tahap pengambilan sodium yang LEBIH TINGGI berbanding mereka yang sering ambil makanan masin.

Tapi janganlah rasa sedap duduk pula.

Perbandingan ni bukan baik versus buruk.

Tapi lebih kepada buruk versus lebih buruk.

Jadi, jangan tenang hati bila makan banyak sangat roti Gardenia ye.

Itu pun ada garam tersembunyi tau!

Berbeza dengan MSG, garam ni rasanya masin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tetapkan sebanyak 5 GRAM atau 1 SUDU TEH sehari,

Bersamaan 2,000 miligram (mg) sodium sehari bagi golongan dewasa

Garam Kosher, garam bukit, garam buluh, garam Himalaya.

Garam laut, garam batu ataupun garam Celtic.

Ada banyak jenis.

Namun, garam tetap garam. Moyang segala jenis garam.

Semuanya mengandungi kandungan natrium klorida yang HAMPIR SAMA.

Tak kisahlah jenis garam manapun yang digunakan dalam masakan,

Yang paling penting adalah jumlah. Kuantiti yang masuk dalam tubuh.

Saranan WHO ni termasuk pengambilan garam tersembunyi.

Dalam junk food dan fast food.

Jadi, dalam sehari sepatutnya kena ambil garam kurang daripada 1 sudu teh.

Walaupun ada beberapa kajian yang dilakukan ke atas garam.

Contohnya penggunaan garam bukit yang dikatakan lebih baik berbanding garam biasa.

Tapi, kajian itu tidak menyediakan bukti kukuh untuk menyokong dakwaan bahawasanya garam bukit lebih sihat.

Seeloknya, ikut sukatan yang telah digariskan tak kisah nak guna garam jenis apa.

Kurangkan garam, tuan puan sihat.

 

MSG (Monosodium Glutamat)

Kalau dekat KL tu lalu jalan mesti familiar dengan kilang pembuatan Ajinamoto.

Di Malaysia, jenama Ajinomoto paling biasa digunakan di kebanyakan rumah.

Asal usul MSG ditemui di Jepun, yang kemudiannya dipatenkan oleh syarikat Ajinamoto pada tahun 1909.

MSG ni terdiri daripada asid natrium dan glutamat yang tidak punyai rasa masin sebaliknya punyai rasa umami

Dipetik dari bahasa Jepun iaitu umai bermaksud sedap dan mi bermaksud rasa.

Berbalik kepada soalan mula-mula sekali.

Saya dapat DM bertanyakan mengenai MSG yang dikatakan lebih baik berbanding garam.

Orang ramai seringkali memikirkan bahawa MSG ini berbahaya.

Kerana menyebabkan dahaga, darah tinggi, keguguran rambut, kanser serta menipu deria rasa.

Berdasarkan kajian dan pandangan daripada pakar-pakar kimia,

MSG sebenarnya tidaklah berbahaya seperti yang diuar-uarkan.

Sama seperti garam, kalau ambil sedikit saja takkan datangkan kesan buruk.

Tapi TUBUH MANUSIA TAK PERLU PUN MSG

Kenyataan mengenai status keselamatan penggunaan MSG.

Ini turut disokong oleh badan-badan antarabangsa seperti;

  1. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
  2. Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO)
  3. Jawatankuasa Saintifik Komuniti Eropah untuk Makanan
  4. Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (USFDA)
  5. Majlis Pertubuhan Perubatan Amerika Syarikat Mengenai Hal Ehwal Saintifik
  6. Jawatankuasa Pakar Bersama Mengenai Aditif Makanan Bangsa-Bangsa Bersatu (JECFA)

Di negara kita juga ada, iaitu di bawah;

Akta dan Peraturan Makanan 1985. MSG diklasifikasikan sebagai penambah perisa makanan yang dibenarkan

MSG boleh tingkatkan pengambilan nutrisi dengan tingkatkan selera makan.

Terutama bagi mereka yang masalah susah nak makan.

Contohnya warga emas dan kanak-kanak.

Kajian juga mendapati MSG mampu gantikan garam dan gula dari segi penggunaan iaitu sebanyak 30 peratus.

MSG saja dah boleh seimbangkan rasa masin manis kuah masakan.

Tak perlu letak garam gula.

NAMUN INGAT!

MSG ni boleh menjadi racun apabila digunakan atau dimakan secara berlebihan.

Dan inilah yang berlaku sekarang.

MSG banyak diletakkan dalam masakan panas yang dimakan di outlet dan restoren.

Terjadinya gangguan keseimbangan bahan kimia dalam tubuh badan.

Sebab itu saya keluarkan Ni Lagi Sedap

Yang diperbuat dari sumber semula jadi bebas pengawet dan bahan kimia.

Ni Lagi Sedap bukan MSG. Ia adalah pengganti MSG

Tips Pengambilan Garam dan MSG

 

Makan malam bebas MSG:

Kalau masa dinner, pastikan makanan bebas dari MSG.

Sebab apa?

Sebab MSG ni boleh jadi punca penurunan aktiviti pada left temporal lobe.

Lokasi di belakang mata kiri. Tempat belajar. Tempat urus emosi.

Tempat short-term memory.

Akibatnya, angin kita cepat naik, tingkahlaku jadi sukar dikawal dan kemarahan mencanak.

 

Kurangkan makanan ringan/makanan segera:

Isu berkaitan makanan ringan ni tidak ringan.

Yang ringan iaitu khasiatnya. Makan sambil tengok movie.

On-the-go, namun bahayanya mampu porak-perandakan bahan kimia terutamanya dalam otak.

Pergi pasar raya, sekali pandang sederet di atas rak jualan.

Mudahnya tangan mencapai. Rasanya menggiurkan.

MSG dalam junk food ni agresif rosakkan sel-sel otak. Ini hakikat.

Pemakan menjadi cepat marah.

Terlalu reaktif. Lepastu migrain. Migrain juga adalah hasil kepada pengambilan MSG.

Dalangnya iaitu excitotoxin yang jahanamkan sel otak. Suis sakit kepala diturn-on, migrain makin teruk.

Kurangkan juga makanan berproses tinggi garam contohnya;

  1. Nuget
  2. French fries
  3. Pizza
  4. Daging burger
  5. Instant soup
  6. Instant noodles

 

Patuhi sukatan yang digariskan:

Amalkan pemakanan gaya hidup sihat.

Dengan mengambil makanan sodium rendah. Macam mana?

Kurangkan jumlah bahan perasa seperti garam, MSG, kicap, sos tiram.

Sos tomato, sos cili dan kiub perasa ketika memasak.

Elak tabur garam atau bahan perasa semasa tengah makan.

Tawar sedikit tidak apa. Nikmati keaslian.

Kalau tak kamching juga, guna perencah asli contohnya rempah ratus.

Kalau saya, memang saya guna Ni Lagi Sedap OCOC

 

Kurangkan makan di luar

Restoren ataupun kedai makan kebiasaannya.

Letakkan banyak garam dan MSG untuk berikan rasa sedap

Nak makan di luar sekali sekala boleh.

Tapi jangan terlalu kerap sehingga sanggup makan hampir setiap hari.

 

Kurangkan makanan yang dimasinkan atau dijeruk (telur asin, ikan masin)

 

Kurangkan kekerapan ambil pencicah (sambal belacan, budu)

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top