GENERASI INSTANT vs GENERASI INVEST

3 hari di Jakarta. Jumpa pelbagai orang. Kebanyakannya orang-orang yang berjaya.

Hari pertama singgah di rumah Pak Santoso. Jemputan House Warming. Rumahnya berharga sekitar RM40 juta.

K-Link

Gambar Pak Santoso

Jemputannya ramai orang-orang berjaya. Salah seorangnya Pak Irwan. Pendapatan bulan lebih dari RM100 ribu.

Soal saya pada Pak Irwan “apa resepi dia berjaya?

Dalam santai dia bercerita. Zaman sekarang adalah generasi instan. Mahu segera. Lepas graduasi mahu jawatan manager.

Anak orang kaya malas belajar. Difikiran mahu ambil alih perniagaan ayah dan famili. Ilmu bisnes tidak ada. Semua instan.” Tegas Pak Irwan. Saya angguk tanda setuju.

Dalam drama Melayu itulah realiti yang ditonjolkan. Belajar luar negara, pulang terus pegang jawatan tinggi. Duduk di kerusi empuk dan bertali leher.

Masa dihabiskan bukan bekerja. Dihabiskan untuk uruskan konflik peribadi.

Pak Irwan sambung lagi. “Zaman saya zaman generasi invest. Berjaya sebab adanya 5B.”

Saya teruja apabila dengar 5B. Tapi masih kontrol macho kata orang sekarang. Tidak mahu nampak gelojoh untuk menelan ilmu beliau.

Tegas Pak Irwan 5B itu ialah:

1B – berkeringat
2B – belajar
3B – berlelah lelah
4B – bersusah payah
5B – bayar ongkos

Dia terangkan detailnya. Siap dengan cerita sekali.

Usai berbual, saya minta izin dari Pak Irwan untuk kongsi 5B dengan teman teman dari Malaysia. “Ya silakan” balas Pak Irwan penuh semangat.

Kunci dari cerita Pak Irwan mudah. Tiada jalan pintas untuk sukses. Jadilah generasi invest bukan generasi instant.

Boleh boleh?

Video Rumah Pak Santoso

Anda Juga Mungkin Berminat

13 Kebaikan Kacang Kuda Untuk Wanita

10 Kebaikan Minyak Zaitun Untuk Tumbesaran Anak

6 Penyakit Lebih Serang Lelaki Berbanding Wanita!

Lelaki Dan 4 Jenis Kanser (Hari Lelaki Sedunia)

ChatGPT Cabar Kepintaran Otak Manusia

23 Sayur Paling Berkhasiat Di Dunia!

Scroll to Top
0