Greek Yogurt – Kenapa Perlu Ambil Superfood Ini?

Ada banyak ‘makanan’ di pasaran. Malangnya tidak semua masuk dalam kategori makanan. Ada hanya sekadar saduran yang dilabel makanan.

Makanan beri kesan langsung pada otak dan tubuh. Ada yang beri kesan baik. Banyak pula beri lambakan keburukan.

Apabila mahu ambil makanan masukkan superfood ini dalam senarai. Superfood yang dimasukkan ialah Greek Yogurt.

Soalnya kenapa Greek Yogurt? Cara GY dibuat hampir sama dengan yogurt lain. Cuma ada langkah ekstra iaitu air dan lactose (sejenis gula) dikeluarkan. Jadikan GY lebik berkrim dan pekat.

GY sangat bagus untuk tulang, rambut, darah, otot, kulit dan kartilaj manusia. Kebaikan ini diperolehi dari protein yang terdapat dalam GY.

GY juga sarat dengan kalsium. GY bekalkan 18.7g kalsium yang diperlukan oleh tubuh.

GY juga termasuk dalam kategori probiotik. Unsur penting untuk usus. Probiotik banyakkan bakteria baik dalam usus. Apabila bakteria baik kurang, usus meragam. Otak juga jadi lembab.

GY juga ada iodin. Penting untuk kesihatan thyroid dan tingkatkan metabolisme. Makanan wajib ambil kalau nak kuruskan badan.

Mungkin ada yang bertanya macam mana nak makan? Boleh ambil begitu sahaja. Kalau tiada selera masukkan buah-buahan segar, kekacang, buah-buahan kering, satu sudu chia seeds dan satu sudu madu.

Mudah bukan? GY dikenali sebagai superfood sebab bekalkan jumlah nutrisi yang banyak. Ia baik untuk tubuh. Sangat baik untuk otak.

Otak kita tanggungjawab kita. Betul?

Makanan apa lagi baik untuk otak? Boleh belajar di Modul Kudapan dalam kelas OCOC online: https://neuroversiti.com/finale/

Anda Juga Mungkin Berminat

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Rahsia Kolesterol Sihat: Cara Mudah Lindungi Jantung & Kurangkan Risiko Strok

13 Makanan Musim Panas Penghilang Dahaga: Wajib Ada Masa Cuaca Panas!

Strok Haba: Senyap Tapi Bahaya! Ramai Tak Sedar Bila Badan Dah “Overheat”

Scroll to Top