Kajian Saintifik Tentang Habbatus Sauda

11 July 2019.

Dua tiga hari ni asyik menyinggah kedai-kedai ‘arab’.

Tak tahu kenapa disebut kedai arab walaupun pemilik dan pekerja orang Malaysia belaka. Mungkin sebab barangan dari timur tengah dijual kot.

Masuk saja kedai macam kita akan rasa lain sikit. Tak macam kedai biasa. Bau dia berbeza.

Bau ni bawa memori di tanah suci. Bau yang aktifkan pusat memori – hippocampus.

 

 

Setiap kali masuk mesti ada Habbatus Sauda – bijiran hitam. HS ni jadi famous sebab ada hadis Nabi (baca selawat) akan hal HS ni.

Apa yang kita tak tahu banyak kajian pasal HS ni. Contoh menariknya ialah dari Journal of Diabetes and Metabolic Disorders. Bulan Jun 2017.

Kajian ini dapati Black Seed atau Nigella Sativa atau Habbatus Sauda punya kuasa turunkan selera makan. Kita rasa kenyang. Sekaligus rasa nak berkudap akan menghilang.

Kita hanya akan makan ketika lapar. Masa waktu waktu dengan perut mula berkeroncong.

Kita tidak lagi menjadi emotional eater. Kita tak lagi makan sebab makanan ada. Atau kawan gatal ajak kita pergi makan.

Atau tidak lagi jadi social eater. Makan sebab nak bersosial. Terpaksa order makan dan minum.

Bila kita tak lagi jadi emotional atau social eater, badan mula mengecil. Pakaian mula membesar. Tenaga pula bertambah.

Ada 630 kajian lain berkaitan HS ini. Semua kajian saintifik berimpak tinggi.

Kalau rambut gugur, berkawanlah dengan Habbatussauda. Dia boleh bantu.

Ada diabetes, rajin-rajinlah bertegur sapa dengan Habbatussauda. Ada kajian tentang aspek ini.

Apabila berdamping dengan Habbatussauda, sakit kepala pun tidak mahu jadikan kita teman setia. Dia berlalu pergi. Merajuk mungkin.

Saya sendiri sentiasa ada sebotol di rumah. Titiskan atas makanan dan minuman.

Oh ya. HS juga bagus untuk Otak.

Anda Juga Mungkin Berminat

Badan Selalu Letih, Mudah Sakit? Ini 6 Jenis Vitamin Dan Fungsinya Untuk Tubuh

Ramai Makan Pisang Setiap Hari, Tapi Tak Ramai Tahu Waktu Paling Sesuai Makan Pisang

You Are What You Eat: 11 Makanan Ini Tentukan Sama Ada Tubuh Sihat Atau Selalu Letih

Oregano Bukan Sekadar Herba Piza: Ini 8 Kelebihan Oregano Yang Ramai Tak Sedar Boleh Sokong Kesihatan Tubuh

Waktu Sesuai Makan Epal: Ramai Makan Betul, Tapi Waktunya Salah

Makan Labu Selalu, Ini Yang Berlaku Pada Gula Darah, Kulit & Jantung Anda

Scroll to Top