Hargai Otak

Semasa bekerja sebagai Senior Clinician di Goulburn Valley Health, Victoria Australia, saya acapkali dikunjungi keluarga pesakit yang merungut seolah-olah otak dan sistem saraf ahli keluarga mereka bukan lagi milik pesakit.

Pesakit-pesakit ini bukan orang yang lanjut umur.

Pada waktu itu sebaya dengan saya. Sekitar tiga puluhan.

Malangnya mereka disahkan mengidap dementia atau bahasa mudahnya nyanyuk.

Ada bermacam-macam sebab yang boleh menyebabkan dementia ini.

Yang lebih penting mengetahui cara atau kaedah untuk membolehkan kita mengelak dari terkena.

Bak kata pepatah “Mencegah lebih baik dari mengubati”.

Ianya boleh dicegah andai kita menjaga otak kita. Sayangi otak kita. Kita lebih cenderung menjaga hal fizikal luaran hingga terlupa anggota penting yang lebih penting dijaga iaitu otak kita.

Andai mahu menjaga otak, kita perlu ambil makanan yang memberi zat atau nutrien secara langsung kepada otak.

Apabila memilih makanan pastikan ianya:

1. Bebas dari toksin yang biasanya terdapat pada makanan dan air.
2. Mengandungi lemak yang diperlukan oleh otak bukan pada badan.
3. Terdapat vitamin yang boleh menghalang dari berlakunya pembebasan radikal bebas yang menyebabkan sebahagian dari 37.2 trillion sel-sel badan kita mati.

Menjaga otak ini penting. Kalau bukan kita yang menjaga otak kita siapa lagi. Tersilap langkah boleh diundur. Tersilap makan, deritanya seumur hidup.

Jom jaga otak. Belajar dari yang tahu.

Anda Juga Mungkin Berminat

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

Scroll to Top