3 Mac – Hari Pendengaran Sedunia: Ketahui 5 Tanda Awal Masalah Pendengaran

Hari Pendengaran Sedunia disambut pada 3 Mac setiap tahun

Tema tahun ini ialah:

Changing Mindsets: Empower Yourself

Menarik kan, tema tahun ini?!

 

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih

daripada 1.5 bilion orang di seluruh dunia mengalami

masalah pendengaran dan jumlah ini dijangka

meningkat kepada 2.5 bilion orang menjelang 2050.

 

Masalah pendengaran semakin meningkat,

terutamanya dalam kalangan individu yang terdedah

kepada bunyi bising berlebihan atau masalah penuaan.

Lebih merisaukan bila ramai yang tidak menyedari

bahawa mereka mengalami kehilangan

pendengaran pada peringkat awal.

 

Artikel ini akan membincangkan 5 tanda awal

masalah pendengaran yang perlu anda ketahui.

1. Sukar Mendengar Perbualan

Salah satu tanda paling ketara ialah sukar memahami

perbualan, terutamanya dalam persekitaran

yang bising seperti; restoran atau majlis sosial.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet, kehilangan pendengaran boleh menjejaskan keupayaan individu untuk memproses bunyi kompleks yang menyebabkan mereka sukar memahami percakapan dalam suasana yang bising

Jika anda sering meminta orang lain mengulang

percakapan atau merasa sukar memahami

perkataan tertentu, ini mungkin petanda

awal anda kehilangan pendengaran.

 

2. Selalu Naikkan Volume Peranti

Jika anda mendapati diri anda sering

menaikkan kelantangan televisyen, radio

atau telefon lebih tinggi daripada biasa,

ini boleh menjadi tanda masalah pendengaran.

Kajian oleh National Institute on Deafness and Other Communication Disorders (NIDCD) menunjukkan bahawa pendedahan kepada bunyi yang melebihi 85 desibel dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pendengaran secara kekal.

Ahli keluarga atau rakan-rakan mungkin

menegur bahawa bunyi peranti anda terlalu kuat.

Jika situasi ini berlaku,

pertimbangkan untuk menjalani ujian pendengaran.

 

3. Deringan atau Bunyi Berdengung dalam Telinga (Tinnitus)

Tinnitus adalah bunyi deringan, siulan

atau dengungan dalam telinga.

Ia merupakan simptom biasa kehilangan pendengaran.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal JAMA Otolaryngology, tinnitus sering dikaitkan dengan pendedahan kepada bunyi kuat, jangkitan telinga dan penuaan.

Jika anda mengalami tinnitus secara berterusan,

segeralah mendapatkan pemeriksaan kesihatan kerana

ini boleh menjadi tanda awal kerosakan telinga dalam.

 

4. Sukar Mengenalpasti Sumber Bunyi

Orang yang mengalami masalah pendengaran mungkin

menghadapi kesukaran menentukan arah sesuatu bunyi.

Contohnya, mereka sukar mengenal pasti dari

mana seseorang bercakap atau mana arah

datangnya bunyi hon kenderaan.

 

Keadaan ini berlaku apabila,

kehilangan pendengaran yang tidak dirawat

boleh mengurangkan keupayaan otak untuk

memproses bunyi sekali gus meningkatkan

risiko kemalangan dan kecederaan.

 

5. Rasa Stress Ketika Berbual

Masalah pendengaran bukan sahaja menjejaskan komunikasi

tetapi juga memberi kesan kepada kesihatan mental.

Kajian oleh University of Manchester mendapati bahawa individu  kehilangan pendengaran mempunyai risiko lebih tinggi mengalami kemurungan dan keletihan mental kerana mereka perlu berusaha lebih keras untuk memahami perbualan.

Lama-kelamaan, ini boleh menyebabkan stres,

kebimbangan dan keinginan untuk mengelakkan situasi sosial.

 

Namun begitu,

ada beberapa langkah penting penting disokong

oleh sains untuk menjaga kesihatan pendengaran anda:

  • Elakkan bunyi bising yang berlebihanWHO mengesyorkan penggunaan penyumbat telinga jika berada di persekitaran yang bising untuk mengurangkan risiko kehilangan pendengaran.
  • Kurangkan penggunaan fon telinga – Kajian oleh Harvard Medical School menunjukkan bahawa mendengar muzik pada tahap melebihi 70% kelantangan maksimum dalam jangka masa lama boleh merosakkan sel rambut halus dalam koklea.
  • Lakukan ujian pendengaran secara berkala – Jika anda mengalami tanda-tanda awal masalah pendengaran, segera berjumpa dengan pakar audiologi untuk diagnosis awal.
  • Amalkan gaya hidup sihat – Pemakanan yang kaya dengan omega-3 dan antioksidan seperti yang disarankan oleh American Journal of Clinical Nutrition boleh membantu mengurangkan risiko kehilangan pendengaran berkaitan usia.

Kesimpulannya,

Hari Pendengaran Sedunia 2025 adalah peringatan penting

untuk kita semua menjaga kesihatan telinga dan pendengaran.

Jika anda atau orang terdekat mengalami 5 tanda awal

masalah pendengaran di atas, jangan abaikan!

Ambil tindakan segera dengan mendapatkan pemeriksaan

pendengaran agar masalah ini dapat ditangani lebih awal.

 

Jadi, sempena Hari Pendengaran Sedunia,

mari sama-sama tingkatkan kesedaran

dan ambil langkah awal untuk jaga pendengaran kita!

Anda Juga Mungkin Berminat

Ketahui 7 Petua Hilangkan Sakit Kepala Berdenyut!

Ketahui 7 Punca Sakit Dada SEBELAH KANAN Ramai Tak Tahu!

5 Cara Atasi Sembelit Ketika Berpuasa Bulan Ramadan!

Ini 5 PANDUAN TIDUR Pada Bulan Ramadan!

AWAS! 5 TABIAT Buruk Ini Boleh Jejas Kesihatan OTAK!

Ketahui 5 Kebaikan Berpuasa Untuk Kesihatan Jantung!

Scroll to Top