12 Rahsia Bagaimana Orang Dengan Healthy Mindset Berfikir

Mungkin ada yang tertanya tanya bagaimana mahu tukar mindset?

Atau bagaimana mindset mereka yang berjaya? Apa yang mereka lakukan?

Berikut adalah 12 perkara yang dilakukan oleh mereka yang punya Healthy Mindset.

1. PERCAYA PADA DIRI SENDIRI

Pepatah Bahasa Inggeris menyebut “we are our own best friend.”

Inilah rahsianya. Mereka tanam keyakinan tinggi pada diri sendiri.

Tidak memperlekeh. Tidak kecilkan diri.

Mereka tidak benarkan fikiran negatif datang bersarang.

Mereka hapuskan kritik dalaman yang selalu mengutuk mereka.

Kecilkan kutukan. Besarkan kata kata positif.

2. SAYANGI DIRI SENDIRI

Mereka beri perhatian pada aspek penjagaan diri. Tidak sabotaj diri dengan perkara seronok sementara.

Mereka terima diri seadanya dan dapatkan ramuan untuk baiki diri. Selalu mencari ruang bahagiakan diri.

3. MEREKA JUJUR DENGAN DIRI SENDIRI

Untuk punya Healthy Mindset perlu jujur dengan diri sendiri.

Begitu juga dengan orang lain. Apabila mereka lakukan kesilapan mereka mengaku. Pikul tanggungjawab.

Fokus mereka bukan pada komplen, mengutuk dan mengacum. Fokus pada solusi.

Orang putih kata ‘ They are not bitching around’ (maaf atas bahasa kasar ini).

4. TIDAK SEMBUNYIKAN KELEBIHAN

Orang yang miliki Healthy Mindset tidak sembunyikan kemampuan dan kelebihan.

Apabila berhadapan dengan cabaran mereka depani cabaran dengan penuh semangat.

Seperti tentera yang terbangun motivasi depani musuh.

Gaya seperti tentera William Wallace yang terbakar semangat dek laungan kata kata berapi sang panglima perang.

Apabila sesuatu itu sukar, mereka tidak berhenti. Teruskan. Sanggup ambil masa dan beri yang terbaik.

Mereka bangga untuk berubah dan cipta kelainan.

5. BELAJAR DARI PENGALAMAN

Pemilik Healthy Mindset tidak gusar pada kesilapan. Mereka lihat peluang yang menanti. Boleh baiki. Masa depan lebih baik.

Satu perkara yang menarik ialah apabila mereka dapat ibrah dari kesalahan, mereka tidak fikir lagi bab kesalahan.

Yang hadir dalam kepala ialah “what’s next!’ dan jalan terus.

6. BELAJAR DAN TERUS BELAJAR

Seperkara lagi yang bezakan mereka dengan orang kebanyakan atau average people ialah mereka belajar dan terus belajar.

Sentiasa cari ilmu. Mahu terus berkembang.

Mahu terus maju.

Yang didambakan ialah sentiasa berada tahap kesihatan fizilal dan minda yang tinggi.

7. BUAT PERANCANGAN

Orang biasa tidak merancang. Hidup dalam autopilot. Bangun pagi, bersiap dan pergi kerja.

Tunggu dan lihat apa yang akan berlaku.

Yang berjaya pula ada bedanya. Mereka merancang untuk capai sasaran.

Bina langkah langkah kecil untuk cipta kejayaan besar.

Antara perkara yang bermain di minda mereka ialah mencari KENAPA atau WHY apabila mahu letakkan sasaran dan perancangan.

Apabila mereka tahu tentang BIG WHY mereka, ia akan jadi minyak pelincir yang lancarkan perjalanan menuju kejayaan.

BIG WHY akan menjadi pembakar semangat.

8. PUNYA TUJUAN ATAU PURPOSE

Tujuan akan jadi panduan. Tanpa tujuan kita akan jadi seperti orang yang memandu tanpa destinasi. Berpusing pusing.

Mereka yang punya Healthy Mindset boleh melihat destinasi yang mahu dituju. Boleh merasa bila akan sampai. Sepanjang perjalanan boleh mendengar sorakan kejayaan.

9. FOKUS PADA YANG POSITIF

Untuk punya HEALTHY MINDSET, awal awal lagi mereka ketepikan fikiran negatif.

Mereka acap bertanya ‘bagaimana’ bukan ‘kalau’.

Mereka akan bertindak dalam jalur realistik. Bukan fantasi. Bukan berpijak pada semangat semata.

Apa yang menarik mereka memilih bahasa yang akan digunakan. Cepat cepat tukar bahasa apabila ianya berbau negatif.

10. CARI KESEIMBANGAN

Tanpa seimbang hidup akan senget. Stres mula bersarang. Keluarga mula rasa dikesampingkan.

Pada mereka moderasi adalah kunci untuk terus melonjak. Ekstrem akan beri kesan pada tubuh dan lingkungan sosial.

11. MENCARI DAN CIPTA KESIHATAN

Diet seimbang sangat penting. Mereka tang punay HEALTHY MINDSET, pilih apa yang akan dimakan. Kontrol pada mereka. Tidak biarkan makanan yang kontrol mereka.

12. PILIH TEMAN UNTUK BERKAWAN

Mahu berjaya pilih orang yang berjaya. Atau yang mahu berjaya.

Itu yang ada dalam benak mereka yang punya  HEALTHY MINDSET.

Mereka jauhi orang yang punya fikiran negatif. Jauhi mereka yang hanya mahu berada di takuk sama.

Cari orang yang mampu cipta motivasi untuk mereka lebih berjaya.

Poinnya mudah. Apabila kita mahu berjaya, ikut jalan orang yang berjaya.

Mereka punya mindset yang berbeza. Mereka mencari untuk baiki diri.

Sayangi diri. Percaya diri. Jalan bahagia di depan menanti.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Hari OKU Sedunia: 6 Tokoh OKU Berjaya Ramai Tak Tahu

Ini PERBEZAAN Diet Di Malaysia & Vietnam!

Scroll to Top