Bagaimana Hidu Gam Rosakkan Otak

Heboh sekampung hal hidu gam dan mahkamah.

Berjela membaca sumpah seranah dan kutukan.

Semuanya disebabkan dikotomi antara undang undang dan nilai moral.

Apapun perbincangan dan pendapat, faktanya hidu gam rosakkan otak.

Bagaimana?

1. Hadkan aliran udara ke otak. Sebabkan oksigen berkurangan. Bab ini dikenali sebagai hypoxia. Otak lembab.

Boleh bawa maut.

2. Rosakkan bahagian otak bernama Prefrontal Cortex.

Ini pusat buat keputusan. Tempat selesaikan masalah. Letaknya kemampuan tadbir emosi.

Kesemuanya hilang dari penghidu gam.

3. Rosakkan temporal lobe.

Letaknya belakang mata kanan dan kiri.

Sebelah kanan kaitannya dengan spiritual.

Penghidu akan jadi orang tuang solat, tuang ngaji dan tuang semua hal berkaitan agama.

Sebelah kiri pusat pembelajaran. Pusat ini kantoi. Diarahkan tutup awal. Dicutikan.

 

4. Rosakkan myelin dalam otak.

Myelin ini macam kabel yang disalutlaoisan getah warna putih. Seperti charger dan wayar extension.

Myelin dalam otak berfungsi untuk lajukan proses berfikir.

Seperti jalanraya diturap cantik, rapi dan kemas. Kenderaan dapat lenjan sepuasnya.

Tanpa Myelin, jalan akan jadi seperti lalu lori balak.

Tanah merah berlubang, becak dan beralun.

Kenderaan tak dapat gunakan sebaiknya.

Pemanduan jadi perlahan. Dalam erti kata lain otak jadi perlahan.

5. Rosakkan motor cortex.

Pusat yang jaga pergerakan. Apabila hidup pergerakan jadi perlahan.

Slow motion. Sangkut sangkut.

Kesannya ialah jangka panjang.

Walau sudah berhenti bertahun, kesan tidak hilang. Rosaknya kekal.

Hati hati dengan inhalant seperti gam. Petrol, thinner, cat dan marker termasuk dalam kategori ini.

Kesan Hidu Gam

Anda Juga Mungkin Berminat

Dijuluki Sebagai ‘Ratu Sayur’ – Ini 9 Khasiat Kale

31 Makanan Bantu Tingkatkan Sel Darah Merah

Hari Lupus Sedunia – 10 Mei 2024

Berat Badan Berlebihan Dan Risiko Kanser

Hari Kanser Ovari Sedunia – 8 Mei 2024

Hari Talasemia Sedunia – 8 Mei 2024

Scroll to Top