Hormon DHEA Penting Untuk Awet Muda

Pernah dengar tentang hormon DHEA (dehydroepiandrosterone)? 

Hormon ini penting. Saintis sebut hormon ni sebagai fountain of youth. Ye hormon awet muda.

DHEA asal dari kolesterol yang dibuat di adrenal gland.

Ada 18 hormon steroid bergantung dengan DHEA ni. Kalau DHEA ni cukup dan ada, wujudlah 18 hormon ni termasuk estrogen dan testosterone.

DHEA penting untuk pembentukan otot, bakar lemak, cantikkan kulit dan kuatkan sistem imuniti.

Malangnya DHEA tak kekal pada level yang sama. Apabila wanita meningkat umur hormon ini pun mula merudum.

DHEA penting untuk mood. Tanpanya mood akan naik turun. Macam yo-yo jadinya.

DHEA lambatkan puan-puan dari jadi tua.

Kurang DHEA dikaitkan pelbagai jenis kanser seperti prostat, ovari, kanser payudara, kanser pundi kencing, Parkinson dan diabetes.

Kajian dalam International Journal of Colorectal Disease tahun 2002 sahkan hal ini.

Bab tua dan obes tiada kompromi. Mesti jaga level DHEA ini. Bagi sentiasa stabil.

Antara yang sabotaj DHEA ni ialah insulin yang tinggi dalam darah. 

Puncanya seperti yang kita tahu dari sumber sumber kajian saintifik.

Puncanya bila ambil gula putih dan makanan dari sumber karbo ringkas seperti nasi putih dan tepung putih.

Satu lagi tukang sabotaj DHEA ni hormon stres kortisol. Termasuk juga kurangnya tidur dari 7-8 jam.

.

.

Macam mana nak baiki hormon DHEA ni?

Lemak sihat adalah kuncinya.

Contoh lemak sihat dari santan, MCT oil, avocado, minyak zaitun, kekacang dan minyak ikan Omega 3.

Sumber protein juga penting. Ikan, ayam, daging dan telur antara sumbernya.

Selain sumber makanan, Vitamin D dari matahari penting untuk DHEA.

Kena rajin keluar waktu pagi untuk dapat exposure cahaya matahari.

Kalau yang kerja atau duduk rumah tak dapat nak keluar boleh cuba suplemen.

Rahsia tingkatkan DHEA ialah pada tidur. 

Pastikan anda tidak korbankan tidur. Banyakkan bergerak.

Senaman adalah kuncinya. 20-30 minit sahaja untuk 4-5 hari sudah memadai.

Kalau anda mahu sumber Fountain of Youth anda kekal, ambil makanan dari sumber betul, jaga tidur dan banyakkan bergerak. Kawal stres juga.

Macam mana nak tahu DHEA ok atau tidak?

Buat hormonal test setiap 6 bulan. Anda akan jumpa jawapannya.

.

.

P/S: 

Ingin dapatkan tips TERBARU daripada saya? Lebih spesifik, senang hadam dan senang praktik? Setiap MINGGU terus ke INBOX?

Klik https://neuroversiti.com/tips/

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top