Andai Mahu Pelanggan Melekat, Ketahui Hormon Ini

Petang tadi berbual dengan teman. Cerita tentang masa depan. Cerita tentang halatuju.

Teman ini istimewa. Sudah lama dalam dunia latihan. Sudah masak dengan sepak terajangnya.

Pernah jatuh. Ditikam dari belakang. Pendek kata ada pelbagai cerita.

Katanya padaku “aku percaya pada kau. Engkau ikhlas. Aku selesa dan mahu bantu. Bangga melihat kawan terbang tinggi.”

Saya mendengar. Meneliti kata-katanya. Ada hormon tertentu di dalam otaknya sedang keluar bersukaria tatkala bait kata-katanya disusun teratur.

Hormon itu ialah oxytocin. Hormon ini memberitahu kita samada selamat atau tidak untuk kita mendekati seseorang.

la akan keluar apabila kita dipercayai. la dirembes oleh otak apabila ada kebaikan ditunjukkan kepada kita. la beri motivasi untuk kita bekerjasama dengan orang lain.

Apabila orang menyebut empati, hormon inilah puncanya. Apabila kita menonton iklan Hari Raya Petronas contohnya, kita terkesan. Itu pun kerja oxytocin.

Orang bisnes perlu tahu tentang hormon ini andai mahu pelanggan melekat dengan produk mereka. Perlu mahu andai mahu pelanggan berulang singgah kembali.

Perlu menguasai andai mahu pelanggan memberi promosi mulut percuma kepada yang lain.

Orang korporat pun perlu tahu ilmu otak dan hormon ini. Membina kerjasama berpasukan memerlukan oxytocin.

Membina kepercayaan staf kepada organisasi juga memerlukan oxytocin. Mahu staf kekal lama di oraganisasi juga perlukan oxytocin.

Bagaimana dengan ibubapa? Mereka perlu lebih tahu. Perlu mahir.

Bukan sahaja untuk anak-anak tetapi untuk pasangan juga. Perlu kuasai ilmu ini. Perlu belajar.

Ada yang bertanya, bolehkan kita manipulasi hormon ini? Jawabnya BOLEH.

Anda Juga Mungkin Berminat

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

7 Risiko Bahaya Insomnia (Sukar Tidur Malam)

Ketahui 11 Kelebihan Luarbiasa Air Zam Zam!

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

Scroll to Top
0