How Can We Become Like You Sir?

Hari Isnin kuliah saya bermula jam 5 petang. Habis jam 8 malam. Subjek Human Development -Life span Biology.

Waktu begini bukanlah waktu puncak belajar. Berehat lebih sesuai. Syukurnya saya setiap kali selesai kuliah akan terzahir tepukan dari pelajar.

Pulang dengan semangat. Rasa berbaloi. Puas hati jantung dan ginjal.

Setiap kali lepas kuliah ada sahaja pelajar mahu berjumpa. Bertanya soalan. Termasuklah minggu ini.

Saya tidak pasti soalan kali ini serius atau sekadar bertanya “How can we become like you sir?”

Saya senyum. “What for? Its already taken.” Jawab saya berseloroh.

Saya lihat wajah mereka. Ada yang sengih. Ada yang seolah terkejut. Mungkin harapkan jawapan yang serius.

Saya sambung. “Look guys, be yourself. Be the best version of you. Not someone else.”

Saya lihat mereka. Semua angguk. Mungkin faham barangkali.

Saya soal. “Apa yang you guys mahu?”

Mereka berpandangan sesama sendiri. “Begini sir. Macam kami ni student, macam mana nak tambah pendapatan?”

Saya nak tergelak pun ada waktu. Itu yang sebenarnya.

“Oh senang sahaja. Perlu ada GST. Work with this formula then its gonna be ok.” Kata saya. Ringkas.

“Hah GST? Government service tax tu ke?” Kata salah seorang dari pelajar. Yang lain bantai gelak dengar komen teman mereka.

“Bukan GST tu. Maksud GST ni GOAL, STRATEGY dan TACTICS.

Saya tambah lagi.

“Sekarang you dah sebut nak tambah pendapatan. Jadi itulah goal atau sasaran. Tetapi berapa pendapatan yang mahu ditambah?”

Mereka diam. Tiada jawapan. Saya sambung.

“Katalah nak tambah RM500. Apa strateginya?“

Saya lihat mereka. Semua terlopong.

“Baik. Katalah strateginya ialah berniaga dengan jadi dropship atau agen. Apa taktiknya?”

Saya lihat mereka lagi. Mereka pun lihat saya. Tiada jawapan. Jenuh menunggu saya sambung lagi.

Taktiknya ialah gunakan platform digital macam fb dan insta. Iklan produk di situ. Ini baharu satu taktik. Ada banyak taktik lain lagi.

“Itulah GST,” kata saya akhiri siri ceramah kuliah ad hoc entrepreneurship.

Mereka angguk. “Ok faham faham,” kata K yang seolah ketua kepada kumpulan itu.

“Oh satu lagi. Ada satu T lagi. Kena ada Timeline – Bila dan berapa lama.” Tambah saya.

Jadi ringkasnya:

Goal- Tambah pendapatan RM500
Strategi – Jadi agen atau dropship
Taktik – guna digital paltform
Timeline – Satu minggu

Boleh begitu?

Mereka angguk. “Boleh sir”.

“Ok jom pergi solat sekali.”

Dah tercerita bab ejen ni, kalau ada yang berminat untuk jadi ejen OCOC boleh hubungi no

013 628 1828
013 628 1828
013 628 1828

Anda Juga Mungkin Berminat

Resepi Brownie ‘Sihat’ Tanpa Guna Tepung

6 Tips Kawal ‘Craving’ Makanan Bergula

2 Resepi ‘Nampak Simple Tapi Power’

Ini ‘Rahsia’ Kurangkan Kalori Nasi Putih

7 Tips Simpan Rempah Ratus Agar Tahan Lama

9 Kesan Membaca Al Quran Ke Atas Otak

Scroll to Top