Berkat IbuBapa

Ikut Kata IbuBapa Akan Ada Barokahnya

Cerita tahun lepas. Hari pertama Maryam masuk sekolah menengah. Bersemangat.

Maryam anak bongsu. Abang-abang sudah mendaki tangga di menara gading. Selepas Maryam tingkatan 5 tutup buku sekolah.

Zaman masa bercucu mungkin.

Itu juga tanda lelaki dalam gambar ini menjengah lewat senja. Dinanti dua tugu kecil bernama batu nesan.

Maryam bersekolah harian. Bahasa sekarang sekolah biasa. Bukan sekolah kluster, sekolah kawalan atau sekolah dengan terma yang pelbagai. Sekolah biasa.

Maryam bertanya “Why not boarding school?” walaupun dia sendiri tidak mahu. Cuma mahu faham alasan.

Kawan-kawan baik Maryam semua ke sekolah asrama. Bagus kata mereka. Terjamin kejayaan.

Saya jawab. “Masa ayah umur sebaya Maryam, ayah dapat ke MRSM dan ke Penang Free School. Tok Wan Bakar suruh ayah ke sekolah agama Al Mashoor Lelaki.

Ayah lupakan MRSM dan Penang Free School. Sekolah sekolah ini jadi idaman ramai ibubapa dan pelajar.

Ayah ikut cakap Tok Wan Bakar. Walau orang di sekeliling sebut, ‘Sekolah agama tidak ada masa depan.’ Tok Mariam, my mom sedih dengan kata kata orang sekeliling. Dia menangis.

Tok Wan dengan Tok Mariam pesan, ‘Rezeki di tangan tuhan. Bagus atau tidak tergantung pada usaha bukan sekolah.’

Ayah tidak merungut. Masuk sahaja sekolah agama. Ikut cakap Tok Wan.

Ikut cakap Tok Wan itulah barokahnya. Apabila ibubapa redho, Allah juga redho. Dibukakan pintu rezeki.

Ayah main bola sepak hingga wakil daerah. Main sepak takraw jadi naib johan negeri. Wakil negeri Pulau Pinang untuk syarahan Bahasa Arab.

Ayah juga jadi Ketua Pengawas.

Apabila ada barokah Allah juga terus bukakan rezeki. Dapat masuk universiti. Luarbiasa barokah ini Maryam. Dapat redho dari tuhan.

Masa kecil ini, hidup bawah panduan ayah dan emak. Ayah dan emak tunjukkan jalan.

Hidup bukan semata mata berseronok dengan kawan. Bukan letakkan internet sebagai pedoman. Handphone juga bukan barang bahagia dan mainan.

Sekolah ini tempat belajar. Kuasai cara guna otak. Besarkan kuasa ilmu.

Sekolah bukan tempat menghafal semata. Bukan juga mencari pacar. Jauh sekali cari pasal.

My dad did the same. He showed me the way. I followed.

You do the same. You follow what I and mom said. Akan ada barokah dan redho dari Allah.

Do you understand Maryam?” Soalku menutup perbualan.

Maryam angguk. “I understand dad.” Kata Maryam. Bersalam dengan di tangannya ada sachet coco OCOC. Dia masuk ke dalam kereta.

Aku lihat. Dalam hati penuh bunga. Sarat dengan doa mahu dia jadi harapan agama, bangsa dan negara.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

6 Tips ‘Post Raya Cleanse’ Untuk Tubuh Langsing

10 Tips Jadikan Biskut Raya Rendah Kalori!

26 Makanan Ini Bantu Legakan Ekzema

Scroll to Top