6 Tips Rutin Jaga Kebersihan Kulit!

Kulit muka kita ni ibarat cermin, tau!

Kalau kulit bersih dan sihat, automatik kita rasa

lebih yakin nak keluar rumah, kan?

Tapi kalau kulit kusam atau bermasalah,

mula la rasa serba tak kena!!!

Kulit adalah organ terbesar dalam tubuh manusia

Berfungsi sebagai pelindung utama tubuh daripada pelbagai elemen luar

Tahukah anda?

Jaga kebersihan kulit ni sangat penting

untuk pastikan kulit kita sentiasa sihat dan segar.

Tapi, sayangnya!!

Ramai lagi tak tahu nak jaga kebersihan

kulit dengan cara yang betul, kan?

 

Jangan risau!

Sebab nak jaga kebersihan kulit ni sebenarnya tak susah pun.

Samada kita yang nak buat atau tak je!

Bak kata pepatah,

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih! 😊

Ini adalah tips penting dan simple untuk anda

yang nak kulit kekal sihat dan segar!

i. Membersihkan Muka

Membersihkan muka adalah langkah yang paling

utama dalam rutin penjagaan kulit.

Kita dinasihatkan untuk guna pencuci muka

yang sesuai dengan jenis kulit!

Memandangkan kulit kita ni ada yang

kering, berminyak, kombinasi dan sebagainya.

 

Cara yang betul untuk cuci muka adalah;

Cuci muka dua kali sehari (waktu pagi & malam)

JANGAN guna sabun mandi biasa!!

Sebab ia boleh mengeringkan kulit muka.

 

Kalau kita konsisten dengan cara yang betul,

Ia dapat membantu mempercepatkan proses

hilangkan minyak degil, kotoran dan

sel kulit mati yang terkumpul.

 

ii. Guna Pelembap yang Sesuai

Tak kisah apa pun jenis kulit kita,

Kita mesti anggap bahawa pelembap

adalah kawan baik!

 

Tuan/Puan,

Kita mestilah pilih pelembap yang

mengandungi bahan asid hialuronik atau gliserin

untuk meningkatkan kelembapan kulit.

Ia juga membantu memperbaiki lapisan pelindung kulit

yang kehilangan air terutamanya; selepas mencuci muka.

 

iii. Gunakan Sunscreen

Mungkin ramai lagi antara kita

yang keluar rumah tanpa sunscreen?

Adoii, masalah besar ni!

INGAT! Matahari tak pernah cuti tau!

Sinaran UV boleh buat kulit jadi gelap, kusam dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan kedutan

Sama juga dengan pelembap,

Kita mestilah memilih sunscreen yang

sesuai dengan jenis kulit dan pastikan

ia disapu rata di seluruh wajah atau badan.

 

Orang selalu duk pesan pakailah sunscreen,

jadi, pilih lah sunscreen dengan SPF 30,

Sebaik-baiknya SPF 50 ke atas

setiap kali ingin keluar rumah.

Tak kisah waktu hujan ke panas,

Make it a habit!

 

iv. Minum Air yang Mencukupi

Tahukah anda?

Kulit yang sihat sebenarnya bermula dari

penghidratan tubuh dari dalam,

bukan hanya sekadar bergantung pada

pelembap luaran semata-mata.

 

Pastikan kita minum air putih atau mineral

yang mencukupi setiap hari bagi mengekalkan

kulit yang sihat, lembap dan glowing!

Air membantu mengeluarkan toksin dari tubuh dan memastikan sel kulit mendapat nutrien yang mencukupi

v. Tidur yang Mencukupi

Tidur yang cukup bukan saja bagus

untuk kesihatan badan malah,

kulit pun akan lebih segar!

Semasa kita tidur, tubuh melakukan proses pemulihan dan pembaharuan sel-sel kulit

Apa jadi kalau kita kurang tidur?

Sudah tentu, banyak effect negatif

kalau tak cukup tidur!

Antaranya ialah; kulit kelihatan kusam, mata panda,

mudah mengalami keradangan kulit.

 

Perlu diingat!

Pastikan kita mendapat tidur yang cukup

selama 7-8 jam setiap malam.

Ini adalah untuk beri peluang kepada kulit

untuk memperbaiki dan memperbaharui kulit kita.

 

vi. Amalkan Diet Seimbang

Last but not least,

amalkan diet yang seimbang!

Kalau boleh elakkan makanan yang

mengandungi gula yang tinggi kerana ia

boleh menyebabkan berlakunya keradangan

dalam tubuh yang boleh beri kesan negatif pada kulit.

Diet seimbang yang kaya dengan vitamin dan mineral sangat penting untuk kesihatan kulit

Makanan yang kaya dengan vitamin C,E,

asid lemak omega-3 dan antioksidan seperti;

sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dsb

boleh membantu menjaga kulit dari dalam dan

melawan kerosakan akibat radikal bebas.

 

Jaga kulit ni tak perlu

berhabis duit dekat produk mahal.

Yang penting, konsisten dengan rutin harian

penjagaan kulit!

 

Belajar sesuatu?

Selamat mencuba! 😊

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Tips Rutin Jaga Kebersihan Kulit!

Ini PUNCA Mata ‘Menua’ Semalaman

Ketuat – Normal Atau Sebaliknya?

Azam 2025 – Bukan Sekadar ‘Upload’ Status Di Medsos

5 Tips Tingkatkan Produktiviti Kerja

Rugi Jer Diet Kalau TIDUR TAK CUKUP

Scroll to Top