Jamuan Birthday & Otak

Bila anak perempuan tunggal saya Maryam Safiya beritahu ada jemputan Birthday Party kawannya, saya meletakkan buku yang berada di tangan.

Saya pandang wajah isteri. Kami saling berpandangan sambil tersenyum.

Senyum kerana memikirkan apa yang akan dijamu di majlis itu nanti.

Lazimnya yang dijamu adalah gula-gula, coklat bersusu, air berkarbonat, keropok-keropok dan lain-lain makanan ringan.

Semua makanan bergula.

Gula akan mengganggu metabolisme badan.

Menyebabkan kegemukan. Kurangkan gula untuk dapat nikmat kurus.

Gula juga memberi kesan kepada fungsi limpa.

Ia juga penyebab kepada otak menjadi lembab. Punca mengantuk di tengahari.

Gula menyebabkan otak mengeluarkan hormone dopamine secara berlebihan terutamanya di bahagian nucleus accumbens.

Natijahnya, ketagihan kepada makanan akan memuncak.

Gula punca kepada lemah memori. Lebih banyak lupa dari ingat.

Sebabnya? Gula adalah lapan kali ganda ketagihan berbanding dadah. Bayangkan.

Semuanya adalah toksid kepada otak serta meningkatkan kadar asid dalam pembuluh darah.

Saya bertanya pada Maryam Safiya, “siapa yang jemput?”.

Si A, kata Maryam Safiya ringkas.

Saya katakan pada Maryam Safiya, boleh Maryam Safiya minta nombor telefon ayah atau Ibu A.

Ayah dan ibu nak bincang dengan ayan dan ibu A. “Boleh!” balas Maryam Safiya.

Perbincangan dengan ayah dan ibu si A ringkas.

Saya katakan saya akan siapkan sedikit juadah buat ganti juadah yang bakal mereka hidangkan.

Mereka setuju.

Ada dua resepi yang saya dan isteri sediakan.

Sesuai dengan umur, otak dan sel darah anak-anak ini.

Saya kongsikan satu resepi. Saya Namakan Fruity Oat.

Bahan-bahan:

1-  Regular Oat – suku cawan

2- Plain Yogurt – suku cawan

3- Susu kambing (serbuk susu yang dibancuh) – suku cawan

4- Buah-buahan segar (mangga, oren, apple, kiwi – jenis dan saiz buah ikut selera masing-masing)

5- kekacang (badam, cashew atau pistachio – ikut selera dan bajet masing-masing)

Cara-cara

1- Oat dimasak bersama susu sehingga kembang oat.

2- Sejukkan setelah masak.

3- Masukkan ke dalam blender dan blend. Masukkan buah-buahan ikut selera sebagai pemanis semulajadi.

4- Masukkan ke dalam bekas kosong. Campurkan dengan plain yoghurt.

5- Gaul hingga sebati.

6- Masukkan kekacang ke dalam hidangan dahulu.

7- Masukkan campuran oat dan yogurt ke dalam bekas.

8- Taburkan sedikit buah-buahan di atas bersama kekacang sebagai hiasan (seerti dalam gambar).

9- Boleh dimakan terus atau disejukkan terlebih dahulu.

Selamat mencuba.

Resepi lain nanti dikongsi lagi nanti. Pastikan sentiasa jenguk dalam neuroversiti.com

Insyaa Allah.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Scroll to Top