Jom Detox Selepas Raya

Ramai belasah sakan masa raya baharu ni. Lepas tu mesej “macam mana nak detox”. Kan dah menyesal tu.

Yang kesian geng yang beli produk untuk detox. Duit habis. Silap silap detox tak ke mana pun.

Nak detox senang saja. Ikut formula PURE ni. Detox berlaku melalui PURE. Ia proses semulajadi.

Jadi PURE ni apa?

P yang pertama ialah Perspiration. Detox berlaku melalui sistem peluh kita. Bila kita berpeluh toksin akan keluar melaluinair peluh. Macam mana nak berpeluh?

Senang saja. Aktifkan hidup anda. 

Banyakkan bergerak. Buat senaman. Berjalan kaki. Naik basikal. Nak try sauna pun boleh.

U ialah urination. Detox berlaku bila buang air kecil. Bila minum air kosong banyak, keraplah ke tandas. Masa buang air kecil inilah toksin juga terbuang.

Jadi rajin rajinlah minum air kosong. Bukan mengeteh atau mengopi. Memineral dah memadai.

R pula bawa maksud respiration atau pernafasan. Yang ni ramai tak amalkan. Selalunya kita bernafas pendek dan cepat. Atau shallow breathing. Bernafas pula guna kaedah salah.

Nak buang toksin kena buat mindful breathing. Bernafas dalam keadaan kita sedar kita sedang tarik nafas. Tarik nafas perlahan dan dalam dalam. Cubalah. Boleh rasa sendiri perbezaan.

E ni bawa maksud Excretion atau buang air besar. Cuba kira berapa kali buang air besar sehari. Ramai yang sekali sahaja. Kita sihat bila buang air besar ni 2-3 kali sehari. Masa nilah toksin akan dibuang.

Kalau makan makanan kurang fiber memang susah sikit nak buang air besar. Makanan fiber portion besar buatkan kita kerap buang air besar.

Lepas ni nak buang toksin ikut jer PURE ni. Selamat dan alami.

P/S : Nak belajar cara tingkatkan prestasi otak . Klik https://neuroversiti.com/neurohacking-live/

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Puasa Aktifkan Hormon Pecah Lemak Dalam Badan

Puasa Melahirkan Sel Otak Baru: Penemuan Saintifik Ini Buat Ramai Terdiam

Ramai Tak Sedar! Ini Kebaikan Puasa Pada Otak Yang Buat Fokus Tajam & Ingatan Makin Kuat

Migrain Semasa Puasa Makin Teruk? Ini Punca Sebenar Yang Ramai Tak Sedar

Puasa Bantu Kurangkan Anxiety & Depression? Ini Penjelasan Sains Yang Ramai Tak Pernah Diberitahu

Ini Sebab Kenapa Salah Pilih Makanan Sahur Buat Otak Lemah Sepanjang Puasa

Scroll to Top