Kafein & Kesannya

Mengopi itu nikmat. Rasanya pula pekat berlemak.

Ada kaitan & kesan pada otak & tubuh badan.

Soalan : Kalau minum benda berkafein, bahagian otak mana yang aktif?

Jawapan: Tiada bahagian tertentu yang aktif.

Kafein mengaktifkan hampir keseluruhan otak. Tugasnya menghalang bahan kimia bernama ADENOSINE.

Bahan ini menyebabkan kita mengantuk.

Apabila Adenosine disekat, kita tidak mengantuk.

Soalan: Bagus ke tidak minum minuman berkafein?

Jawapan: Kafein membantu fokus. Namun tidak bertahan lama.

Tugasnya juga menyempitkan pembuluh darah.

Sama seperti lebuhraya empat lorong ditutup tinggal satu.

Apa akan jadi andai ditutup jalan pada waktu puncak?

Soalan : Apa lagi kesan kafein?

Jawapan: Kesan lainnya ialah kafein mengeluarkan air dari tubuh.

Kekerapan buang air kecil jadi tinggi. Pada sesetengah orang kafein menyebabkan rasa ingin buang air besar.

Soalan: Jadi jika kita berpuasa tak boleh sangatlah minum minuman berkafein?

Jawapan: Betul. Kafein bersifat duretik. Badan kita perlu simpan air semasa berpuasa.

Andai air terus-terusan dibuang, kulit jadi kering. Nampak kedut. Nampak tua.

Soalan: Oh, bahaya tu nampak tua.

Jawapan: Ya. Nikmat sementara diberi kafein. Ada sisi deritanya.

Soalan: Kalau dah minum nak buat macam mana? Takkan nak muntahkan balik.

Jawapan: Minum ada sukatannya. Andai dah nikmati kafein perlu minum air.

Satu cawan minuman berkafein, disulam dengan 2 cawan air kosong.

Soalan: Kafein ni kesannya secara langsung ke?

Jawapan: Kesan selepas 30 minit. Kalau minum air kosong dalam masa 30minit, kesan boleh dikurangkan.

Soalan: Tapi sedap minuman berkafein ni.

Jawapan: Betul sedap. Ada nikmat. Kelat berlemak boleh memikat.

Sedap sebab otak dah diprogram. Ada setengah orang, kafein menjengkelkan.

Otak terprogram dengan program lain.

Mahu minum perlu tahu sukat. Perlu tahu masa sesuai. Minum antara jam 9.00 -11.00 pagi.

Perlu ambil kira aktiviti yang bakal dilaksana.

Boleh boleh ?

Sihat adalah jihad.

Anda Juga Mungkin Berminat

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Scroll to Top