1. Wudhuk sebelum tidur
a)Dari perspektif Islam
Banyak hadis yang menyarankan supaya kita menyucikan diri (berwuduk) sebelum tidur.
Diantaranya, dari Al-Barra’ bin Azib radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah S.AW. bersabda:
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلَاةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الْأَيْمَنِ ، ثُمَّ قُلْ : اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ ، اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ ؛ فَإِنْ مُتَّ مِنْ لَيْلَتِكَ فَأَنْتَ عَلَى الْفِطْرَةِ ، وَاجْعَلْهُنَّ آخِرَ مَا تَتَكَلَّمُ بِهِ
“Maksudnya: Apabila engkau hendak tidur, berwudhu'lah sebagaimana wudhu ketika hendak solat. Kemudian berbaringlah miring ke kanan, dan bacalah
اللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ وَجْهِي إِلَيْكَ ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِي إِلَيْكَ ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِي إِلَيْكَ ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ ، لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنْكَ إِلَّا إِلَيْكَ ، اللَّهُمَّ آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِي أَنْزَلْتَ ، وَبِنَبِيِّكَ الَّذِي أَرْسَلْتَ
Maksudnya: Ya Allah, aku tundukkan wajahku kepada-Mu, aku pasrahkan urusanku kepada-Mu, aku sandarkan punggungku kepada-Mu, karena rasa takut dan penuh haram kepada-Mu. Tidak ada tempat berlindung dan menyelamatkan diri dari hukuman-Mu kecuali kepada-Mu. Ya Allah, aku beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan, dan kepada nabi-Mu yang telah Engkau utus.
Jika kamu mati di malam itu, kamu mati dalam keadaan fitrah. Jadikanlah doa itu, sebagai kalimat terakhir yang engkau ucapkan sebelum tidur.”
(HR. Bukhari 247 danMuslim 2710)(1)
Menurut hadis di atas, amalan berwudhuk sebelum tidur sangatlah penting dan ianya menjadi Sunnah Rasulullah S.A.W. yang sangat-sangat dituntut untuk melakukannya.
Sumber:www.sayangsabah.com (2)
b)Dari Sudut Pandangan Sains- Fungsi Wudhu’ sebagai Perangsang Otak
Semakin pesat perkembangan sains dan teknologi, semakin banyak bukti-bukti penemuan sains yang menyokong sebab-sebab ibadah yang dianjurkan dalam Islam.
Penemuan-penemuan ini merupakan bukti yang jelas tentang keagungan dan kebesaran Allah S.W.T. sebagai pencipta semua makhluk.
Secara umumnya, wudhuk bermaksud membasuh dan menyapu anggota badan yang tertentu dengan niat yang tertentu. Ia adalah salah satu cara untuk bersuci.(3)
Yang menariknya tentang berwudhuk ini sebenarnya ia dapat merangsang satu bahagian otak yang dinamakan “cerebral cortex” ataupun korteks serebrum.(4)
Sumber: Freepik.com
Dan mengapakah ianya menjadi Sunnah untuk selalu memperbaharui wudhuk apabila ianya telah terbatal?
Pertamanya, korteks serebrum berfungsi bergantung kepada prinsip dominan.
Korteks serebrum terletak pada bahagian otak yang paling luar.
Bahagian ini ditugaskan untuk menerima arahan beraras tinggi dan melaksanakan fungsi yang penting seperti memproses bahasa, melakukan tugas-tugas merancang, menentukan kepintaran dan juga banyak lagi tugas penting yang lain.
Prinsip dominan ialah apabila terdapat satu bahagian yang mendapat rangsangan dalam korteks serebrum, ianya akan menindas aktiviti korteks yang lain.
Yang ajaibnya tentang amalan berwudhuk.
Apabila ianya dilaksanakan, seluruh bahagian korteks berubah menghampiri paras yang optimum.
Pixabay.com
Ini telah dibuktikan melalui suatu kajian yang dibuat pada tahun 1956.
Kajian ini telah diteroka oleh seorang saintis Barat bernama U. Penfield.
Kajiannya yang bertajuk “An Irritation of Certain Skin Areas Excites Certain Areas of The Cerebral Cortex” menemukan bahawa hampir semua korteks serebrum menjadi teruja dan aktif apabila wudhuk dilaksanakan.(4)
Dalam keadaaan ini, dapat dilihat dengan jelas apabila wudhuk dilaksanakan di beberapa bahagian badan, bahagian korteks serebrum yang lebih besar menjadi teraktif berbanding membasuh keseluruhan bahagian badan.
Menurut Sunnah, wudhuk tidak hanya dilaksanakan sebelum Solat, tetapi juga sebelum mana-mana aktiviti yang dilakukan, seperti bercuti, belajar dan sebagainya.
Di mana kerja otak yang aktif dan dinamik diperlukan.
Sumber: Freepik.com
Kebaikan dan manfaat wudhuk dalam kehidupan manusia mungkin tidak akan pernah diketahui sampai oleh sesiapa jika tiada penemuan saintifik dilakukan.
Jadi, sains sebagai bukti keagungan agama Islam tidak boleh disangkal lagi.
Cuba anda bayangkan keadaan korteks serebrum yang dimiliki oleh seorang Muslim yang selalu memperbaharui wudhuknya sekurang-kurangnya 5 kali sehari.
Apalagi jika seseorang itu memperbaharui wudhuknya sepanjang masa, sesuai mengikut tuntutan Sunnah Rasulullah S.A.W.
Tentulah cantik otaknya sepanjang masa, dan teraturlah juga perjalanan aktiviti sehariannya. InsyaAllah.
Sumber: Freepik.com
2. Posisi tidur mengiring ke kanan.
Kita sering dengar bahawa ianya menjadi Sunnah Rasulullah S.A.W untuk tidur mengiring ke kanan.
Antara hadis yang menerangkan tentang sunnah ini adalah seperti berikut:
إِذَا أَتَيْتَ مَضْجَعَكَ فَتَوَضَّأْ وُضُوءَكَ لِلصَّلاَةِ ، ثُمَّ اضْطَجِعْ عَلَى شِقِّكَ الأَيْمَنِ
“Apabila kamu hendak berangkat ke tempat tidurmu maka berwudhulah seperti wudhumu untuk shalat, kemudian berbaringlah pada sisi badan sebelah kanan…,”
(HR. Bukhari-Muslim)
Tapi adakah kita tahu sebab dianjurkan sedemikian?
Apakah manfaat yang bakal diperoleh dengan mengikut sunnah ini?
Kita sedia maklum apabila seseorang itu berbaring, terdapat beberapa jenis posisi tidur yang sering menjadi ikutan.
Tapi adakah kita tahu posisi tidur terbaik yang bermanfaat untuk organ kita?
Sebelum ketahui sebab kenapa posisi tidur miring ke kanan adalah yang terbaik, ayuh bandingkan beberapa jenis posisi tidur yang sering dipraktikkan.
i) Tidur tengkurap
Lifestyle.kompas.com(5)
Tidur tengkurap adalah posisi tidur yang sangat buruk.
Bahagian penting badan menghadap ke bawah dan tertindih.
Ianya boleh mendatangkan banyak kesan buruk yang akan merosakkan tubuh.
Posisi sebegini akan menyebabkan seseorang mengalami sesak nafas.
Hal ini terjadi apabila berat tulang belakang menghalang dada daripada mengambang dan menguncup (contraction and relaxation) ketika proses mengambil nafas dan menghembus nafas.
Posisi sebegini juga akan menyebabkan lenturan secara tidak langsung kepada vertebra leher.(6)
Health Day News melaporkan pada 22 April 2019 yang lalu bahawa kematian bayi semakin meningkat akibat daripada cara tidur yang tidak selamat seperti tidur terungkup yang menyebabkan bayi mudah lemas.(7)
Sumber: Pexels.com
Larangan tidur tengkurap
Dari Ya’isy bin Thokhfah Al Ghifariy, dari bapaknya, ia berkata,
فَبَيْنَمَا أَنَا مُضْطَجِعٌ فِى الْمَسْجِدِ مِنَ السَّحَرِ عَلَى بَطْنِى إِذَا رَجُلٌ يُحَرِّكُنِى بِرِجْلِهِ فَقَالَ « إِنَّ هَذِهِ ضِجْعَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ ». قَالَ فَنَظَرْتُ فَإِذَا رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم-
“Ketika itu aku sedang berbaring tengkurap di masjid karena begadang dan itu terjadi di waktu sahur. Lalu tiba-tiba ada seseorang menggerak-gerakkanku dengan kakinya. Ia pun berkata, “Sesungguhnya ini adalah cara berbaring yang dibenci oleh Allah.” Kemudian aku pandang orang tersebut, ternyata ia adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. (HR. Abu Daud no. 5040 dan Ibnu Majah no. 3723. Imam Nawawi dalam Riyadhus Sholihin mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa hadits ini shahih). (8)
ii) Tidur terlentang
Sumber: Pixabay.com
Jika kita tidur secara terlentang pula, boleh mengakibatkan dengkuran.
Hal ini terjadi akibat pernafasan aktif melalui mulut.
Mulut yang terbuka luas saat berbaring secara terlentang kerana rahang rendah (inferior jaw) berada dalam keadaan rehat.
Sumber: thesnorewhisper.com(9)
Pernafasan melalui mulut boleh menyebabkan seseorang berisiko untuk mendapat demam selsema.
Juga berpotensi untuk mengakibatkan kekeringan dan keradangan gusi.
Pada posisi terlentang, rahang dan uvula berada pada kedudukan lebih tinggi daripada hidung, dan menghalang pernafasan.
Jadi kadar dengkuran akan meningkat.(10)
Selain itu, dalam kes ini, orang itu bangun dengan lapisan putih yang tidak normal yang menutup lidahnya dan bau mulut yang tidak diingini.
iii)Tidur miring ke kiri
Sumber: Pexels.com
Tidur di sebelah kiri juga tidak disukai, kerana jantung akan berada di bawah tekanan paru-paru kanan, yang paling besar dari dua paru-paru, dan ini akan menjejaskan pengecutannya terutama jika orang itu sudah tua.
Perut yang berada di bawah mendapat tekanan daripada organ yang terberat dalam saluran pencernaan, iaitu hati.
Ini akan melambatkan proses pengosongan perut, juga akan menyebabkan tekanan pada jantung.
Sumber: www.quran-m.com (11)
Satu eksperimen yang dijalankan oleh Galteh dan Butseh mendapati bahawa makanan dari perut ke usus mengambil masa antara 2.5 hingga 4.5 jam jika seseorang tidur di sebelah kanan sedangkan ia mengambil masa 5 hingga 8 jam jika dia sedang tidur di sebelah kiri.

Oleh itu, tidur di sebelah kanan adalah kedudukan yang paling baik kerana paru-paru kiri lebih kecil daripada yang kanan.
Tekanan pada jantung akan berkurang,
Hati tidak akan berada dalam keadaan tergantung, dan perut akan berada di atasnya.
Kandungan perut juga akan dapat dikosongkan dengan lebih cepat.
3. Tutup lampu ketika tidur
Terdapat beberapa hadis kukuh yang melarang pemasangan lampu ketika tidur: (12)
i)Dari Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
لاَ تَتْرُكُوا النَّارَ فِى بُيُوتِكُمْ حِينَ تَنَامُونَ
Maksudnya: “Janganlah biarkan api di rumah kalian (menyala) ketika kalian sedang tidur.” (HR. Bukhari no. 6293 dan Muslim no. 2015)
ii) Dari Abu Musa Al Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:
احْتَرَقَ بَيْتٌ بِالْمَدِينَةِ عَلَى أَهْلِهِ مِنَ اللَّيْلِ ، فَحُدِّثَ بِشَأْنِهِمُ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « إِنَّ هَذِهِ النَّارَ إِنَّمَا هِىَ عَدُوٌّ لَكُمْ ، فَإِذَا نِمْتُمْ فَأَطْفِئُوهَا عَنْكُمْ »
Maksudnya: “Ada sebuah rumah di Madinah terbakar mengenai penghuninya pada waktu malam. Kejadian tersebut lantas diceritakan pada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Api ini adalah musuh kalian. Apabila kalian tidur, padamkanlah api.” (HR. Bukhari no. 6293 dan Muslim no. 2016)
Hadis di atas jelas menyarankan supaya kita tidak menggunakan lampu semasa tidur.
Sebenarnya, saranan ini sangatlah bermanfaat untuk kesihatan kita sendiri.
Tapi tak banyak yang tahu.
Pixabay.com
Mungkin tidak pernah terbayang dek akal fikiran kita kalau menggunakan lampu di malam hari sewaktu tidur akan mengakibatkan banyak kemudharatan kepada tubuh badan kita.
Antara kesan yang akan berlaku adalah peningkatan risiko penyakit kanser, kardiovaskular, gangguan sistem metabolisma, bahkan diabetes.(13)
Sumber: Pixabay.com
Sebaliknya, tidur dalam keadaan gelap memberi banyak manfaat.
Menurut ahli biologi yang bernama Joan Robert, keadaan gelap membolehkan penghasilan hormon melatonin. (14)
Hormon ini merupakan salah satu hormon penting yang memberi perlindungan kepada tubuh badan.
Ia mampu membantu mencegah banyak penyakit seperti kanser payudara dan kanser prostat.
Sayanglah jika hormon sepenting ini tidak dapat dihasilkan hanya kerana terdapat cahaya yang akan menghentikan penghasilannya.
Selain itu, hormon melatonin ini juga dapat membantu menurunkan berat badan.(15)
Sumber: Pixabay.com
Kenyataan ini dibuktikan melalui suatu kajian yang dijalankan oleh penyelidik Sepanyol dan Amerika Syarikat.
Melalui kajian itu juga, didapati bahawa kadar melatonin secara umumnya akan meningkat dalam keadaan gelap di malam hari.
Ianya mampu menentang obesiti dengan merangsang pegeluaran “lemak beige”
“Lemak beige merupakan sejenis sel lemak tetapi bukan “lemak putih” biasa.
Dikenali sebagai lemak baik, ianya lebih cenderung membakar kalori daripada menyimpannya.
“Lemak baik” ini akan membantu mengawal berat badan dan metabolisme.(16)
Kanak-kanak yang tidur dengan keadaan lampu menyala juga berisiko menghidap leukimia.(17)
Saintis mendapati bahawa tubuh memerlukan zat kimia seperti melatonin untuk melawan kanser dan penyakit.
Zat tersebut dapat mencegah kerosakan DNA.
Tanpa melatonin, lemak akan bertukar menjadi tumor.
Jadi, sangat penting untuk kita mengamalkan sunnah yang satu ini.
Sumber: Pixabay.com
Mulai malam ini, matikanlah lampu ketika tidur.
Melalui info-info di atas, dapat kita lihat bahawa Sunnah-sunnah yang dituntut bukannya sia-sia. Masing-masing mempunyai manfaat tersendiri.
Ianya telah terbukti dengan kajian-kajian dan penemuan sains yang dijalankan.
Jadi, tidak rugi jika kita mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. ini.
Selain mendapat pahala, ianya juga sangat bermanfaat untuk kesihatan tubuh badan.
Jadi, mulalah praktikkan amalan-amalan ini segera!
Rujukan:
1.https://konsultasisyariah.com/18682-keutamaan-berwudhu-sebelum-tidur.html
2.https://www.sayangsabah.com/keutamaan-dan-cara-cara-berwuduk-dengan-betul/
3.https://dakwahdantarbiah.com/bersuci-wudhuk/
4.http://abrizal.blogspot.com/2008/09/ablution-as-brain-stimulant.html
6.https://abrizal.blogspot.com/2008/09/sleeping-position-sunnah-and-medical.html
8.https://rumaysho.com/8488-hukum-tidur-tengkurap.html
9.https://www.thesnorewhisperer.com/snoring-causes/
10.https://neuroversiti.com/tidur-nyenyak-vs-berdengkur/
11.http://www.quran-m.com/firas/en1/index.php/human/187-sleeping-on-the-right-side.html
12.https://rumaysho.com/10973-salah-kaprah-tentang-hadits-mematikan-lampu-ketika-tidur.html
13.https://www.islampos.com/ini-sebabnya-nabi-perintahkan-matikan-lampu-ketika-tidur-37048/
14.https://neuroversiti.com/tidur-lampu-terpasang-boleh-ke/
15.https://www.verywellfit.com/how-melatonin-helps-with-fat-loss-and-muscle-gain-4141253