MUNGKIN ada yang beranggapan bahawa
kanak-kanak yang kuat berdengkur ketika tidur
adalah disebabkan oleh mereka mendapat
tidur yang nyenyak selepas seharian aktif bermain.
Ada juga yang menganggap,
kanak-kanak yang tidur berdengkur adalah
sebagai suatu perkara biasa atau melucukan.
TAPI sebenarnya,
jika anak anda berdengkur ketika tidur,
ia mungkin ada masalah isu kesihatan yang
perlu kita tangani dan beri perhatian!
Tahukah anda?
Terdapat dua kategori berdengkur iaitu;
DENGKURAN BIASA dan APNEA TIDUR.
DENGKURAN BIASA merupakan dengkuran ringan manakala APNEA TIDUR adalah keadaan dengkuran lebih serius dan berat yang boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan
Persoalannya?
KENAPA kanak-kanak tidur berdengkur?
Ada beberapa sebab kenapa anak anda
berdengkur sewaktu tidur.
- Masalah Tonsil dan Adenoid
Tonsil atau adenoid yang besar atau bengkak
boleh menyempitkan saluran pernafasan,
menyebabkan anak-anak tidur berdengkur.
TONSIL ialah tisu kecil yang terletak berdekatan dengan pangkal lidah di kiri dan kanan mulut, sementara ADENOID merujuk kepada bahagian tisu di dinding belakang hidung
- Obesiti
Berat badan berlebihan boleh menyebabkan
tisu lemak menekan saluran pernafasan yang
boleh mengakibatkan dengkuran.
Tahukah anda?
Masalah berdengkur pada kanak-kanak
boleh berlaku seawal usia 2 tahun manakala
bagi orang dewasa, golongan LELAKI lebih
ramai berdengkur berbanding wanita
disebabkan oleh faktor peningkatan usia
dan berat badan berlebihan.
- Masalah Gigi
Gigi yang tidak tersusun atau rahang
yang kecil boleh menyempitkan saluran udara.
Jelaslah, keadaan ini boleh menyebabkan
anak-anak berdengkur semasa tidur.
- APNEA TIDUR
Keadaan di mana pernafasan anak terhenti
seketika sewaktu tidur, pergerakan dada laju,
pernafasan melalui mulut atau
perasaan tercekik semasa tidur
sering dikaitkan dengan dengkuran.
Tahukah anda?
Apakah impak NEGATIF jika anda biarkan
anak-anak berdengkur tanpa rawatan?
- Masalah Pembelajaran
Tidur yang terganggu boleh menjejaskan
keupayaan anak untuk fokus dan belajar.
- Hiperaktif
Kurang tidur yang berkualiti boleh
menyebabkan berlakunya tingkah laku
hiperaktif pada anak.
Terdapat juga masalah kesihatan lain:
- Tumbesaran terbantut
- Hipertensi
- Kencing manis
- Penyakit jantung
Ini beberapa cara mudah yang boleh
ibu bapa lakukan sekiranya anak-anak
mengalami masalah berdengkur.
i. Perhatikan tanda-tanda tidur
Jika anak berdengkur dengan kuat,
tidur dengan mulut terbuka atau
kelihatan letih pada siang hari,
ia mungkin ada masalah kesihatan
yang perlu diperiksa.
ii. Dapatkan pemeriksaan doktor
Ibu bapa dinasihatkan untuk jumpa
pakar pediatrik atau doktor gigi untuk
penilaian lebih lanjut.
Mereka mungkin akan mencadangkan
rawatan seperti pembuangan tonsil atau
penggunaan alat CPAP (satu bantuan pernafasan
menggunakan tekanan saluran udara positif berterusan)
untuk membantu pernafasan semasa tidur.
iii. Amalkan gaya hidup sihat
Pastikan anak-anak memiliki berat badan sihat,
tidur yang mencukupi dan mengamalkan
rutin tidur yang konsisten.
Perlu DIINGAT!
Bagi mereka yang memiliki berat badan berlebihan
dinasihatkan agar menurunkan berat badan bagi
menyembuhkan masalah berdengkur.
Tanda-tanda kanak-kanak mengalami
masalah APNEA TIDUR:
- Tidur berdengkur dengan kuat dan pernafasan tersekat-sekat sewaktu tidur
- Tidur terganggu atau gelisah ketika tidur
- Lesu dan tertidur pada siang hari walau dapat tempoh tidur yang mencukupi
- Kencing malam
- Prestasi pelajaran merosot