Kasih Ibu Membawa Ke Syurga – Hargailah Mereka

Semalam saya pergi lawat Maryam di kolej.

Dia tak dapat balik. Banyak aktiviti. The other two boys pun sama.

Tak boleh balik. Ada exam.

Masa jumpa Maryam saya tanya dia.

“Maryam pernah dengar nasib seorang ibu?”

Maryam soal balik.

“Aa nasib seorang ibu?”

Macam blur sikit. Saya tahu dia tak tahu.

Tanya sebab nak grab attention dia.

Saya kata,

“Nasib seorang ibu ni kan ialah….”

1. Dia kena tunggu anak untuk keluar masa si emak ni mengandung.

2. Dia kena tunggu si anak masa anak tu bersiap nak pergi sekolah.

3. Dia kena tungg si anak masa si anak balik sekolah.

4. Dia tunggu dalam keadaan risau bila anak yang dah besar lewat balik.

5. Dia tunggu lagi anak untuk makan bersama walaupun makanan dah lama siap.

6. Bila anak dah besar dia tunggu siapalah yang akan jadi pasangan si anak.

7. Bila anak dah kahwin dia tunggu bilalah si anak akan dapat anak pula.

8. Bila si anak dah dapat anak dia tunggu bila si anak akan balik bersama menantu dan cucu.

BACA: RAHSIA DR RIZAL CEPAT BAKAR LEMAK HANYA DENGAN BERJALAN KAKI!

kasih

Si ibu ni masa dia tunggu anak ada masanya dia dalam debaran.

Ada waktunya dia dalam keresahan.

Ada ketikanya dia dalam rasa bahagia bila si anak bilang dia akan pulang.

Maryam jadilah anak yang mak tunggu, dia tunggu dalam bahagia.

Nanti bila kami makin tua:

Make sure your old mom doesn’t have to wait any longer.

Visit her, love her, hug the one who loved you like no one else ever will.

Don’t make her wait, she’s expecting this from you.

Because the membranes get old but the heart of a mother never gets old.

Love her as you can.

No person will love you like your mother will.

Saya tengok Maryam. Letak tangan atas kepala. Mata Maryam berkaca.

Begitu juga mata saya.

BACA: ‘RAHSIA’ DR RIZAL KEKAL CERGAS TANPA MENGADUH SAKIT SENDI!

 

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Anemia Mampu Jejas Perkembangan Otak Anak?

14 Makanan Bantu Cegah Radang Apendiks!

8 Tips Mudah Jaga Kebersihan Gigi

Kenapa Negeri Pantai Timur Sering Dilanda Banjir?

Biji Cili Penyebab Radang Apendiks?

Scroll to Top