36 Kebaikan Berlari (Running) Untuk Kesihatan

Berlari selama 10 minit bantu turunkan risiko penyakit kardiovaskular dengan ketara sebanyak 50%!

Berlari bantu menyerikan kulit wajah.

Lambatkan proses penuaan.

Amalkan gaya hidup sihat dengan jadikan ‘running’ sebagai aktiviti riadah.

 

“Ada jantung<img decoding=” width=”16″ height=”16″ /> ke tak dia ni boleh lari jauh puluhan kilometer”

“Tengok pun rasa mengah, belum lari lagi”

Siapa dekat sini suka berlari?<img decoding=” width=”16″ height=”16″ />

Kalau boleh, mesti nak masuk event larian sama ada 5km, 10km, 21km atau 42km.

Sempena Hari Larian Sedunia yang jatuh pada hari ini 5 Jun.

Ini sedikit info untuk Tuan/puan mengenai manfaat jadikan aktiviti berlari sebagai aktiviti riadah.

Berlari satu senaman aerobik bagus untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan.

Berlari sejam bantu bakar sebanyak 710 kalori.

Banyak tak banyak?

Cukup untuk bakar 2 keping roti canai. Sekeping 300 kalori.

Tak larat nak berlari laju, lari anak anak pun tiada masalah.

Berjalan pantas selama sejam bantu bakar 444 kalori.

Kalau berbasikal, sejam boleh bakar 622 kalori.

Berlari kekal menjuarai.

Ini 12 kebaikan berlari untuk kesihatan Tuan/puan:

Berlari banyak kebaikannya.

Antaranya, bantu perlahankan ‘biological ageing’.

Walaupun semua akan menua, tapi ramai antara kita mahu kekal awet muda.

Kalau boleh, uban pun diwarnakan.

Berlari boleh bantu dalam masa 25 tahun kemudian bila dah cecah usia emas.

Abam akak akan nampak lebih muda dari umur.

Berlari bantu kurangkan penuaan biologi sebanyak 9 tahun!

Kulit mereka yang kerap berlari juga lebih berseri dan bebas masalah seperti jeragat, jerawat.

Berlari panjangkan purata umur sebanyak 3.5 hingga 4.5 tahun.

Berlari pada jumlah maksimum 32km dalam seminggu didapati bantu abam akak hidup lebih lama.

Ini menurut kajian di University of South Carolina.

Yang kaji 53 ribu peserta di mana,

Peserta yang berlari punyai kadar mortaliti (kematian) 20% lebih rendah berbanding peserta yang tak berlari.

Paling menarik kita tidak perlu berlari pantas macam Usain Bolt.

Tidak perlu berlari jauh.

5 – 10 minit sehari sudah mampu jauhkan penyakit jantung dan kematian mengejut.

Ini nikmat apabila dapat berlari.

Kalau rasa berlari itu susah dan penat, mulakan dengan berjalan dulu.

Jalan 3 minit berlari seminit.

Sampailah dapat tukar kepada berlari 4 minit dan berjalan seminit.

Cuba tanya mereka yang kelihatan ‘muda’ walaupun sudah berusia emas.

Confirm semasa muda dulu, mereka banyak buat aktiviti fizikal.

Anda Juga Mungkin Berminat

Khasiat Plum Kering Bagi Wanita Menopause

Apa Penyebab Anda ‘Ketagih Makan’?

3 Nutrien Ini Bantu Menguatkan Jantung Anda!

3 Bahaya Demam Kepialu (Typhoid Fever)

6 Tips Untuk Wajah Lebih Runcing Dan Tirus

Apa Perlu Tahu Tentang ‘Sindrom Kesunyian’?

Scroll to Top
0