20 Kebaikan Dan Nutrisi Dalam Kacang Botor

Nama dia taklah cantik sangat. Ada orang kata buruk nama dia ni. Budak budak kalau dengar mesti perli dan gelak.

Kawan kita ni biasanya dipanggil kacang botor. Kacang kelisa di sebelah utara. Kecipir di sebelah Indonesia.

Walau namanya tak berapa glamer khasiatnya cukup indah.

Bayangkan 100g kacang botor melebihi jumlah protein soya.

Lebih selamat. Tak ada isu dengan GMO bagai. Boleh kata masuk kategori organik.

Mungkin ada yang tertanya tanya sesuai tak untuk otak? Sangat sesuai.

Fiber

Protein

Kalsium

Iron

Magnesium

Manganese

Fosforus

Potassium

Sodium

Zinc

Niacin

Thiamine

Folate

Copper

Tryptophan

Leucine

Lysin

Threonine

Isoleucine

Riboflavin

Dalam kacang botor ada manganese, B6, Thiamin dan riboflavin.

Untuk otak, thiamin macam kita hantar kereta untuk servis. Kerja dia buat maintenance fungsi otak.

Kalau thiamin kurang boleh dapat simpton psikiatri.

Takut kalau dapat benda berkaitan simptom sakit mental ni.

Contoh simptom dia ialah konfius, gangguan memori dan gangguan tidur.

Pentingkan thiamin ni. Kalau makan kacang botor dah settle pasal thiamin ni. Lega satu bab.

Satu lagi yang power dalam kacang botor ialah riboflavin

Kalau makan benda ada msg yang sebabkan toksin meningkat, riboflavinlah penyelamat.

 Dia kurangkan kesan excitotoxicity pada otak. Baguskan kacang botor ni.

Satu lagi yang menarik ialah manganese. Dia macam fibre optik untuk internet. Macam 5G lah senang cerita.

Kalau 5G bagi laju internet, manganese bagi laju aktiviti elektrik dalam otak. Bukan saja bagi laju tapi bagi jadi lebih efektif.

Vitamin C dalam kacang botor juga tinggi.

Bolehlah cantikkan kulit. Lega lah sikit kulit cekang dan tak kedut.

Paling bagus vitamin C bantu tingkatkan sistem imun.

Baca juga: 10 Makanan Tinggi Kandungan Vitamin C

Kebaikan Kacang Botor:

  1. Rendah Kalori

  2. Tinggi Protein

  3. Mengandungi Lemak Sihat

  4. Bantu keanjalan kulit

  5. Halang kulit dari rosak

  6. Sokong imuniti tubuh

  7. Halang kecacatan kelahiran

  8. Sihatkan kuku

  9. Kuatkan gigi

  10. Lawan dari anemia

  11. Halang kerosakan DNA

Selebihnya, saya ada terangkan dalam Buku Sihat Secara Alami

Banyak kan kebaikan kacang botor ni.

Nak tanam pun mudah. Harga pula murah. Rebus sahaja lepas buat cicah cicah.
Perrgghhh merecik bak hang. 

Selepas ini kalau pergi kedai makan, rajin rajinlah ambil kacang botor ini.

Ataupun beli dan masak sendiri. Senang lagi.

Boleh cuba?

Kalau nak tahu kebaikan kacang botor ni ada dalam Buku Sihat Secara Alami.

Banyak lagi maklumat tentang rahsia makanan tersembunyi untuk sihat secara semulajadi.

Anda Juga Mungkin Berminat

5 Fungsi Warna Pada Buah Dan Sayur

8 Makanan Penyebab Kahak Berlebihan

8 ‘Kebaikan’ Kurang Fiber Dalam Diet Harian

7 Kelebihan Cacao Atasi Kemurungan

9 Kebaikan Makan Buah Berangan Panggang

11 Tumbuhan Ini Bantu Anda Tidur Lebih Nyenyak!

Scroll to Top