8 Kebaikan Kiwi Merah (Red Kiwi) Selain Manis Leting!

Sebut bab kiwi.

Antara buah wajib diambil dalam diet harian kita.

Kiwi ni ada antioksida yang powerful.

BACA SELANJUTNYA 13 KELEBIHAN BUAH KIWI

Kiwi juga ada banyak jenis. Setiap satu dengan rasa berbeza.

Kiwi hijau rasanya lebih masam.

Kiwi emas/kuning punyai tekstur lemak berkrim dan manis.

Manakala kiwi merah manis dengan rasa berries.

Saya suka beli ketiga tiga jenis.

Sebab apa?

Sebab ada nutrisi yang tiada dalam kiwi hijau biasa.

Nak tahu? Baca sampai bawah:

Apa kebaikan kiwi merah?

Nutrisinya sama dengan kiwi hijau tetapi LEBIH BANYAK.

Vitamin C, folat, potassium dan serat fiber 3 kali ganda lebih tinggi.

Apa yang unik pada kiwi merah.

Dan tiada pada kiwi hijau iaitu antioksida anthocyanin.

Anthocyanin penting untuk tingkatkan mood.

Yang berikan warna merah.

Juga tinggi magnesium, vitamin C, fosforus, choline dan vitamin E.

Kesemua ni penting untuk:

  • Turunkan tekanan darah tinggi 
  • Lindungi sistem kardiovaskular 
  • Rendahkan kolesterol tinggi 
  • Tingkatkan kesihatan kulit

Kiwi merah dan kiwi emas sangat disarankan.

Khas untuk anak kecil dan ibu hamil.

Serat fibernya yang tinggi sangat bagus untuk:

  • Atasi sembelit 
  • Cegah cirit birit 
  • Galakkan weight loss 
  • Cegah risiko kanser usus

Kiwi tinggi sumber folat untuk lindungi janin.

Kuatkan tulang dan sistem imun ibu.

Cegah risiko asthma dan ekzema pada bayi baru lahir.

Bukan ini saja, kiwi merah bagus untuk baiki tidur.

Dan legakan menstrual pain.

Kiwi merah ni boleh dijumpai di supermarket.

Kalau terjumpa, beli lah.

Tak rugi pun invest pada real food yang beri manfaat pada tubuh.

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Biskut Raya Bahaya: Sedap Di Mulut, Senyap-Senyap Rosakkan Otak & Jantung

Tauhu dan Kuah Kacang: Gabungan Sedap Tapi Boleh Ganggu Serapan Zat Besi?

Minuman Bergula Kecilkan Otak? Kajian Dedah Risiko Strok dan Nyanyuk

Hilangkan Rasa Mengidam Manis Dalam 3 Langkah Mudah

Berat Naik Selepas Raya? Ini Sebab Kenapa Makanan ‘Sedap’ Boleh Jadi Musuh Tersorok Anda

4 Tips Sihat Berhari Raya Supaya Otak Cerdas dan Badan Kekal Bertenaga

Scroll to Top