19 Kebaikan Oren Navel Ramai Tak Tahu

Sebut bab oren.

Mesti dok ingat raja vitamin C. Tapi salah.

Jambu batu ada vitamin C lagi tinggi berbanding oren.

BACA SELANJUTNYA:

7 KEBAIKAN ANDA DAPAT JIKA AMAL MAKAN JAMBU BATU

8 KHASIAT JAMBU BATU – SNEK PAGI LEPAS BRISK WALK

Tapi oren masih lagi kaya vitamin C.

1 biji oren navel saiz besar bekalkan lebih 100% keperluan vitamin C harian!

Perlu untuk hasilkan kolagen. Kasi kulit sihat.

Tapi bukan berhenti sampai sini sahaja. Oren ni banyak lagi khasiat.

Oren tinggi flavonoid, potassium dan fiber.

Sebiji oren navel ada 2.5g hingga 4g fiber. Banyak tu!

Fiber penting untuk sistem penghadaman.

Selain bantu kawal gula dalam darah dan cegah sembelit.

Bantu kawal selera makan untuk weight loss.

Bantu bakar lemak bahagian perut. Rendahkan kolesterol.

Oren tinggi potassium untuk fungsi saraf.

Bantu jaga otot jantung. Stabilkan degupan jantung.

Bantu kembang kuncup otot otot.

Sekali gus elak risiko strok dan hypertension (tekanan darah tinggi).

Dalam oren navel ada 7 jenis flavonoid.

Iaitu 5-hydroxy-6,7,3′,4′-tetramethoxyflavone, didymin dan sinensetin.

Bersifat anti-karsinogenik, anti-diabetes, anti-hypertensive.

Neuro-protective dan cardio-protective.

Untuk OTAK dan jantung memang sangat perlu.

Oren navel sumber folat yang bagus.

Penting untuk cegah risiko cacat pada bayi dalam kandungan.

Bukan itu saja, folat bantu tukar karbo kepada energi.

Hasilkan rangkaian DNA dan RNA.

Dan perlu untuk hasilkan sel darah merah dan putih.

Pada kulit oren juga ada beta carotene.

Perlu untuk kesihatan mata, pertumbuhan sel dan baiki sel rosak.

Beta carotene ditukar kepada vitamin A.

Untuk lindungi organ utama seperti ginjal, paru paru dan jantung.

Ini paling ramai tak tahu.

Oren navel tinggi sumber kalsium untuk tulang.

Satu cawan bekalkan 71mg kalsium.

Ada bahan anti-inflammatory iaitu hesperidin.

Tugasnya lindungi sistem vaskular dan turunkan tekanan darah.

Kalau nak elak batu karang, ambil oren.

Dalamnya ada kandungan citrates – bantu larutkan batu karang.

Kalau kerap stres. Ada masalah tidur.

Itu tanda tubuh kurang vitamin B6. Oren kaya vitamin ni.

Bantu relakskan sistem saraf.

Vitamin B6 juga terlibat dalam proses metabolisma lemak dan protein.

Terima kasih kepada kandungan thiamin nya.

Jadi, pastikan oren navel ada dalam snek harian anda!

Boleh begitu?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top