Kelas Behavioural Neuroscience

Pagi ini kelas Behavioural Neuroscience didatangi tetamu. Seorang pelajar tahun 4. Mahu bantuan berhenti rokok.

Semua tahu rokok adalah lawan pada sihat. Ramai mahu berhenti. Sukarnya tuhan sahaja yang tahu.

Itu juga yang berlaku pada Zack. Sudah berkali mencuba. Kecundang sentiasa dalam genggaman.

Akhirnya Jumaat lepas Zack datang ke bilik. Minta bantuan. Saya sebut pada Zack untuk datang hari isnin ketika kelas.

Saya mahu demokan di depan pelajar. Zack setuju. 11:30 tepat dia sampai ke kelas.

Saya terus buat sesi. Masa sekitar 10 minit. Selepas lihat klu, saya tamatkan sesi.

Perkara pertama ialah ambil rokok. Nak buktikan samada dia masih mahu hisap atau tidak.

Saya ambil sebatang rokok. Angkat dan tunjukkan. Seperti dalam gambar, apabila lihat sahaja rokok Zack seperti mahu muntah.

Kata Zack ‘ jadi loya, nak termuntah apabila lihat rokok. ’

Pelajar lain teruja. Pelbagai soalan ditanya. Fokus di kelas jadi 100%.

Power betul sensori manusia. Dalam silibus Subjek Behavioural Neuroscience ada pasal
Sensory and Brain. Jadi saya demo terus.

Kunci sesi tadi ialah pada subconscious mind dan sistem sensory manusia. Power betul subconscious mind manusia.

Perlu tahu ilmu rare begini.

Anda Juga Mungkin Berminat

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

15 Cara Sejukkan Bilik Tanpa Aircond, Rumah Rasa Nyaman Walaupun Cuaca Panas

Rahsia Kolesterol Sihat: Cara Mudah Lindungi Jantung & Kurangkan Risiko Strok

13 Makanan Musim Panas Penghilang Dahaga: Wajib Ada Masa Cuaca Panas!

Strok Haba: Senyap Tapi Bahaya! Ramai Tak Sedar Bila Badan Dah “Overheat”

Scroll to Top