7 Kajian Tentang Kelebihan Berjalan Kaki: No.7 Paling Power!

“Bagus sangat ke walking walking ni? Boleh kurus ke?” Amboi soalan. Dahsyat sungguh.

Walking ni bukan untuk kurus. Tapi untuk sihat. Yang kurus pun tak semestinya sihat.

Senaman seperti makan. Selagi kita makan selagi itu perlu bersenam. Perlu sokmo sokmo.

Mulakan sedikit. Biar berterusan.

Jika tak mahu buat seorang, mulakan dengan pasangan, atau kawan. Akan ada sokongan.

Saya walking sebab kajian kata:

Kajian 1 : Berjalan 5 Minit

Berjalan pantas 5 minit sehari sudah mampu jauhkan penyakit jantung dan kematian mengejut.

Tidak perlu berlari pantas. Tidak perlu berlari jauh.

Ramai yang terbantut nak bersenam sebab ramai ingat kena lari, kena joging.

Apa kata selepas ni brisk walk je.

Di rumah atau tempat kerja. 

Kajian 2 : Berjalan 10 Minit

Laporan Harvard Health tahun 2016 dapati bersenam selama 10 minit sudah keluarkan neurohormon endorfins.

Hormon ni bagi kita rasa syok, seronok dan best.

Paling menakjubkan ialah ada beza antara lelaki dan perempuan dalam konteks keluar endorfins ni. Ada beza antara umur.

Wanita akan dapat hormon endorfins ni seminit lebih awal berbanding lelaki.

Bila berjalan pada minit 9 minit 7 saat perempuan dah nikmati endorfins.

Lelaki pula hanya dapat pada 10 minit 20 saat selepas berjalan. 

Dalam kajian ni juga mereka dapat orang yang berumur antara 18-24 lagi cepat dapat endorfins.

Hampir sama untuk umur kategori 45-54.

Dalam 7 minit dan dapat endorfin. 

Paling lambat dapat endorfin ialah geng umur 35-44. Lepas 12 minit baru endorfin keluar.

Kajian 3 : Berjalan 20 Minit

Kajian dari University of Georgia pada tahun 2008 berjalan selama 20 minit sebanyak 3 kali seminggu turunkan rasa lesu tubuh. 

Badan rasa sedap. Jadi ringan badan.

Kajian 4 : Berjalan 30 Minit

Berjalan 30 min sehari kurangkan risiko terkena depression sebanyak 36%. Ni kaedah mencegah yang baik. 

Kajian juga ada sebut berjalan sama efektif dengan ambil anti depressant. Tak ada side effect pula tu.

Kajian 5 : Berjalan 40 Minit

Kajian dari King College of London mendapati berjalan selama 40 minit untuk 3 kali seminggu meningkatkan kapasiti otak.

Bukan sahaja di kawasan memori tetapi juga di bahagian prefrontal cortex yang melibatkan planning, judging, decision making, empati dan sebagainya.

Kajian yang melibatkan 350,000 orang dilakukan oleh Harvard Medical School, Standford University dan School of Economics and Business di London mendapati orang yang berjalan akan mendapat memori yang bagus.

Kapasiti di prefrontal cortex bagus dan ubat No. 1 untuk pesakit strok.

Sekiranya mempunyai masalah kesihatan seperti stroke, first prescription adalah get active melalui walking.

Kajian 6 : Berjalan 60 Minit

Berjalan 60 minit sehari turunkan obesiti sebanyak 50%.

Berat badan menurun. Tubuh jadi ringan. Kesihatan meningkat.

Tapi bukan jalan lenggang kangkung macam pergi pasar malam.

Ni berjalan laju. Macam dah lambat masuk meeting. Macam nak terkucil laju ke tandas. 

Kajian 7 : Berjalan 75 Minit

Berjalan 75 min seminggu boleh panjang umur. 2 tahun umur bertambah. Tu seminggu. Kalau sehari macam mana agaknya?

University of Pittsburgh di Amerika Syarikat mendapati apabila semakin berumur, hippocampus akan semakin mengecut sebanyak 1% tetapi luar biasa untuk orang yang melazimi walking 3 kali seminggu mampu meningkatkan saiz hippocampus.

Power kan?

Kurangkan risiko terkena alzheimer sebanyak 48%. Kalau nak menghafal, rajin rajinlah berjalan.

Rahsia dia kat sini.

Kajian di New Zealand yang mana doktor di sana memberi preskripsi berjalan untuk warga emas di New Zealand mendapati kapasiti dan kesihatan orang orang tua lebih baik dan meningkat tahap kesihatan mereka sekurang-kurangnya 10%.

Berjalan bagus bukan sahaja untuk otak, jantung, paru paru dan jauhkan kanser dan diabetik dan penyakit yang tidak nampak seperti inflamasi dan stress.

Cerita berjalan ni senang jer.

Kalau berjalan 10 minit dapat neurhormon endorfins.

Kalau berjalan selama 20 minit, kurang 1/3 risiko kena depression.

Kalau berjalan 30 minit, kurangkan depression dan stress.

Kalau berjalan 40 minit pusat memori jadi besar. Bab menghafal jadi power.

Kalau berjalan 60 minit, boleh kurangkan obesiti.

Kalau berjalan selama 75 minit, kurangkan risiko terkena alzheimer's, jantung dan strok.

Yang penting berjalan sebelum kita yang ‘jalan.’

Boleh boleh?

Anda Juga Mungkin Berminat

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Rahsia Makan Bawang Merah? Penawar Banyak Penyakit!

Punca Lutut Berbunyi & Sakit Ketika Berjalan

Kenapa Lelaki Juga Perlu Peka Terhadap Penampilan Diri?

4 Kebaikan Minyak MCT Untuk Kulit

Kenapa Rasa Nak Pitam Bila Berdiri Tiba-Tiba?

Scroll to Top