in ,

Kelebihan Buah Markisa Ramai Tak Tahu

Cuti cuti ni terasa nak makan tengahari. Biasanya saya tak makan tengahari. Hanya pagi dan petang saja.

Jadi makan pun cuma buah buahan saja. Paling berat lauk sajalah.

Bila tengok apa yang ada nampak buah markisa. Menarik sangat ni. Pasal markisa antara superfood tempatan yang ramai orang tak makan.

Sebabnya mungkin ramai tak perasan, buah markisa ni sarat dengan anti oksida. Anti oksida ni akan tingkatkan aliran darah ke otak dan sistem saraf.

Bila banyak darah masuk ke otak, powerlah lagi otak.

Jom tengok dalam sebiji buah markisa ada apa?

229 IU vitamin A

63 mg potassium

5 mg magnesium

5.4 mg vitamin C

2 mg kalsium

0.29 mg zar besi

1.9 g fiber

Bayangkan betapa hebatnya buah ni. Antara yang rare dalam buah markisa ialah bahan bernama piceatannol. Penting untuk tingkatkan metabolisme.

Bila metabolisme bagus, kita taklah membesar sebagai johan, menjadi jalur lebar. Pinggang jadi kecil. Baju nampak besar.

Bolehlah cuba. Tu pun kalau nak kecilkan saiz. Nak kan?

Satu lagi markisa ni kaya dengan Vitamin C. Kita tahu Vitamin C penting untuk naikkan sistem imun. Bagi power sikit tubuh lawan jangkitan.

Piceatannol juga baiki insulin sensitivity. Bagus untuk mereka yang ada diabetes.

#DrRizal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Jom Detox Selepas Raya

Umur & Otak