Ketahui 11 Kelebihan Luarbiasa Air Zam Zam!

Air zam zam – air sebaik baik air di atas muka bumi ini.

“Air zam-zam bergantung pada tujuan apa diminumnya”

(Hadis Riwayat Ibn Majah, No. 3062), Ahmad, No. 14849), al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra, No. 9442)

Asal usul air ini bermula pada zaman Nabi Ismail AS.

Ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi Ibrahim AS atas perintah Allah SWT.

Ibu Ismail susukan anaknya (Ismail) dan minum daripada air yang ada.

Sehingga air tersebut akhirnya habis.

Dia (Hajar) dan juga anaknya rasa kehausan (disebabkan simpanan air habis).

Dia lihat anaknya dalam keadaan cemas kerana anaknya terus menangis.

Dia pun pergi cari sumber air kerana tidak sanggup lihat anaknya kehausan.

Dengan itu, dia pergi menuju ke bukit Safa – bukit paling hampir dengannya lalu berdiri di atasnya.

Pandangan diarah ke lembah sekelilingnya,

Dengan harapan ada sosok seseorang tetapi tiada sesiapa pun.

Setelah itu, dia turun (dari bukit Safa) dan berusaha keras sehingga sampai ke lembah bukit Marwah.

Sekali lagi, berdiri dan mencari jika ada sosok seseorang. Namun hampa.

Dia ulang alik sehingga tujuh kali.

Ibnu Abbas RA, bahawa Nabi SAW:

“Itulah sa’ie yang mesti dilakukan oleh manusia antara dua bukit itu”.

Ketika dia sampai di puncak bukit Marwah,

Dia terdengar suara lalu dia berkata kepada dirinya sendiri: “Diam!”

Dia cuba mendengar lagi lalu dia mendengar suara itu dengan berkata:

“Engkau telah menperdengar suaramu, apakah bersama engkau terdapat pertolongan?”.

Ternyata suara itu adalah malaikat Jibril yang berada dekat dengan tempat zamzam.

Lantas, Jibril mengais tanah dengan tumitnya (atau dengan sayapnya, sebagaimana disebutkan dalam riwayat lain) sehingga air keluar memercik.

Kajian yang dibuat di Munich, German dapati,

Air zam zam bantu tingkatkan tenaga di dalam sel tubuh manusia.

Ini 11 kelebihan luarbiasa air zam zam iaitu penghulu segala air:

1. Bersifat ’tissue-protective’ – lindungi tisu tubuh.

2. Turunkan paras kolesterol jahat.

3. Turunkan paras asid urik tinggi dalam tubuh.

4. Tingkatkan metabolisma lipid (pencernaan & penyerapan lemak).

5. Tinggi kandungan mineral untuk fungsi tubuh.

6. Bebas patogen (kuman) kerana tinggi Fluoride semula jadi.

7. Bantu kembangkan saluran darah tubuh & OTAK.

8. Menyejukkan suhu tubuh.

9. Tinggi Kalsium, Magnesium & Selenium.

10. Hilangkan keletihan (fatigue).

11. Menguatkan struktur tulang.

 

Berikut pula antara adab boleh diikuti semasa ingin minum air zam zam:

1. Disunatkan minum menghadap kiblat.

2. Berniat sebelum minum.

3. Baca Bismillah sebelum minum.

4. Boleh minum duduk atau berdiri.

5. Minum dengan 3 nafas.

6. Minum guna tangan kanan.

7. Berdoa setelah selesai minum.

Anda Juga Mungkin Berminat

19 Makanan Bantu Tingkatkan Hubungan Sel Otak

7 Suplemen Terbaik Untuk Penyakit Autoimun!

9 Kesan GULA Ke Atas 9 Organ Tubuh Ini

7 Risiko Bahaya Insomnia (Sukar Tidur Malam)

Ketahui 11 Kelebihan Luarbiasa Air Zam Zam!

6 Bahaya Racun Toksik Disembur Pada Buah!

Scroll to Top
0