Khasiat Susu Kambing

Kenali 3 Hormon Ini Untuk Mempercepatkan Proses Kurus

Ada banyak hormon dalam tubuh manusia. Banyak antaranya begitu asing namanya.

Mengenali hormon boleh membantu mempercepatkan proses untuk kurus badan.

Badan kurus tetapi tidak mengganggu otak. Itu yang penting.

Otak tetap cerdik. Otak tetap cantik. Badan lentik. Perut mengecil. Perut tidak lagi menjadi Koperat.

Apa itu Koperat? Ringkasan kepada Kumpulan Perut Berat.

Banyak ubat kurus mengandungi bahan yang merbahaya untuk otak.

Banyak yang mengambil terpesona dengan janji manis pemasaran.

Ada meleleh air liur melihat kesan luaran.

Kesan dalaman tidak dicerita. Tidak nampak. Jadi apa nak dipeduli. Nanti tanggung sendiri.

Antara hormon yang jarang kedengaran yang membantu kurus dengan cepat ialah:

1. GLUCAGON-LIKE PEPTIDE 1 (GLP-1)

GLP-1 ialah hormon yang mengawal selera makan.

Dikeluarkan di perut apabila makanan dimasukkan.

Makanan yang kaya dengan protein dikaitkan dengan peningkatan pengeluaran hormon ini.

Natijahnya, kita berasa kenyang.

Mengunyah kacang sepenuhnya sebanyak 40 kali sebelum menelan mampu mengeluarkan hormon selama 90 minit.

Jadi tidak perlu minum pagi atau minum petang lagi.

2. PEPTIDE YY (PYY)

Hormon ini dikeluarkan oleh usus kecil.

Dilepaskan ke dalam sistem darah apabila kita selesai menjamah makanan. Natijahnya kita akan berasa kenyang.

Tak perlu mengambil makanan lagi walau jumlah yang diambil kecil.

Pengambilan makanan tinggi protein semasa sarapan adalah jawapannya.

3.THYROID HORMONES

Hormon ini mengawal sistem metabolisme kita. Metabolisme badan mengawal berat badan kita.

Juga penentu kepada takat tenaga dan suhu badan.

Hormon ini juga penentu kepada kulit, penumbuhan kuku serta rambut.

Untuk memastikan kita sihat, kita kena nyahkan dari sistem kita endocrine disruptor bisphenol-A(BPA).

BPA ini lazimnya ditemui di dalam botol plastik, lilitan pada makanan atau minuman dalam tin.

Jadi elakkan makanan atau minuman dalam tin.

Juga elakkan penggunaan botol plastik yang mengandungi BPA.

Andai kita jaga tiga hormon ini, berat idaman pasti dalam genggaman.

Anda Juga Mungkin Berminat

4 Jenis Racun Ini Disembur Pada Tanaman

5 Tips Mudah Elak Muka Kembang (Puffy Face)

“Kenapa Berat Tak Turun?” – Bagaimana MCT Oil Bantu Weight Loss?

25 Makanan Bantu Kurangkan Simptom Anxiety

7 Manfaat Gosok Lidah Ramai Tak Tahu (Tongue Scraping)

Tips Elak Sakit Tulang Belakang (Pinggang)

Scroll to Top
0