7 Kelebihan Kurma Untuk Kesihatan

Soalan dari Maryam. “Kenapa Tamar? Kenapa tidak buah lain?”

Kalau jawab, “Nabi suruh,” jawapan cliche sangat.

Dia pun tahu. Dia mahu mahu apa signifikan kurma pada kesihatan?

Saya terdiam sebentar. Mahu ambil sisi mana untuk jawab. Tarik nafas.

“Tamar ini istimewa,” saya mulakan bicara.

Ada macam macam vitamin. Saya diam dan perhati reaksi wajah Maryam.

Dia seolah menunggu “What’s next”

Ambil contoh magnesium. Bulan puasa ramai tidur terganggu. Tidak cukup.

Apabila masa pendek untuk tidur, kualiti tidur sangat penting.

Magnesium bagi kita tidur nyenyak.

Sebab itu dalam Coco OCOC ada magnesium.

Budak-budak kan perlukan 9 jam waktu tidur.

Tamar tinggi sumber magnesium. Saya lihat Maryam. Dia angguk. Senyum. Saya lega.

Saya sambung lagi.

Menarik pasal magnesium ini ialah ada 300 bahan kimia dalam tubuh manusia perlukan magnesium.

Macam kereta yang perlukan minyak enjin untuk berjalan.

Maryam pernah tengok kan minyak enjin? Minyak enjin bagi enjin tidak bergeser.

Tak berbunyi macam naik basikal karat.

“Ya. I know that!” Sebut Maryam. Agak teruja.

Bayangkan tubuh manusia tanpa magnesium dari Tamar ni waktu berbuka.

Sepanjang hari tubuh tidak terima apa apa nutrisi. Pasti organ dalam bunyi macam basikal karat juga.

Saya senyum. Lihat Maryam. Dia senyum juga. Lega.

Sebab itu Nabi suruh ambil Tamar.

Saintifiknya ialah tubuh dapat berjalan lancar apabila terima magnesium.

Jadi nutrisi dari makanan lain senang diproses. Indahkan begitu.

“Ya, its so beautiful.” Jawab Maryam.

Jadi buka puasa makan apa dulu?

“Of course lah makan Tamar dulu.” Jawab Maryam. Masih teruja.

Saya senyum. Lega. Cuma tak cerita kat Maryam, Tamar juga ada manganese. Penting untuk otak.

Ada calcium. Penting untuk tulang dan gigi.

Berfikir sebentar. Nanti nantilah cerita sambungan pasal tamar ni.

Apa Lagi Kelebihan Tamar Yang Lain?

Bulan ramadan ni ramai mengadu sembelit.

Terpaksa berlamaan di bilik termenung. Apa yang yang dimenungkan pun tak tahulah.

Mungkin ramai tidak tahu bahawa tamar dapat merawat sembelit secara semulajadi.

Dalam kajian di British Journal of Nutrition tahun 2015 dapati,

Peserta kajian yang ambil 7 biji tamar 21 hari berturut turut mudah buang air besar, kurang toksid, tahap kesihatan usus juga meningkat naik.

Pengkaji juga sebut tamar mungkin dapat hindari kanser kolon.

Dalam banyak banyak hikmah berbuka dengan tamar ini adalah salah satu darinya.

Rajin rajin berbuka dengan tamar dahulu. Bersahur juga dengan tamar.

Anda Juga Mungkin Berminat

14 Kebaikan Minum Air Kosong Pada Suhu Bilik

4 Tips Pemakanan Untuk Ibu Hamil

29 Makanan Kaya Kalsium Untuk Tulang Kuat

Bagaimana Cara Kenalpasti MSG Dalam Makanan?

6 Makanan Tingkatkan Sistem Imun Segera

Pengganti Gula Putih Untuk Kesihatan

Scroll to Top