Kenapa Chia Seeds Perlu Direndam Sebelum Dimakan?

Saya yakin ramai lah yang ambil chia seeds bulan puasa ni.

Buat chia seeds pudding. Overnight chia seed dan banyak lagi sebab boleh kasi kenyang lebih lama.

Chia seeds hebat sebab 28 gram atau dua sudu chia seeds mengandungi:

Fiber: 11 gram

Protein: 4 gram

Omega 3: 9 gram

Kalsium: 18% dari keperluan harian tubuh manusia

Manganese: 30% dari keperluan harian tubuh manusia

Magnesium: 30% dari keperluan harian tubuh manusia

Phosphorus: 27% dari keperluan harian tubuh manusia

Ada Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) and Vitamin B2.

Cuma satu benda kena hati hati sikit bila nak sediakan chia seeds.

Iaitu kandungan antinutrien namanya Lectin.

Pernah dengar?

Bayangkan pokok chia seeds ni seperti seorang ibu.

Biji biji yang kita dok makan tu ialah bayi bayinya.

Lumrah seorang ibu nak lindungi anak anaknya daripada sebarang bahaya.

Lectin dan antinutrien lain seperti Phytate tinggi dalam chia seeds ibarat ‘pelindung’ daripada pemangsa.

Kenapa dengan antinutrien ni?

Mereka boleh jadi penghalang kepada mineral lain daripada diserap oleh usus.

Bukan itu je, chia seeds juga boleh meradangkan dinding usus dan penghadaman.

Menyebabkan sendawa, GERD, ‘bloating’, alergi, cirit birit.

Jadi, chia seeds TAK ELOK dimakan ke?

Chia seeds elok je dimakan cuma sebaiknya, rendam dalam air panas terlebih dahulu.

Atau direbus, ditapai, dibiarkan bercambah atau dimasak dalam hidangan.

Dengan kaedah ni, jumlah antinutrien dalamnya boleh dikurangkan.

Boleh amal?

BACA 6 KHASIAT UTAMA CHIA SEEDS RAMAI TAK TAHU

Anda Juga Mungkin Berminat

Puasa Aktifkan Hormon Pecah Lemak Dalam Badan

Puasa Melahirkan Sel Otak Baru: Penemuan Saintifik Ini Buat Ramai Terdiam

Ramai Tak Sedar! Ini Kebaikan Puasa Pada Otak Yang Buat Fokus Tajam & Ingatan Makin Kuat

Migrain Semasa Puasa Makin Teruk? Ini Punca Sebenar Yang Ramai Tak Sedar

Puasa Bantu Kurangkan Anxiety & Depression? Ini Penjelasan Sains Yang Ramai Tak Pernah Diberitahu

Ini Sebab Kenapa Salah Pilih Makanan Sahur Buat Otak Lemah Sepanjang Puasa

Scroll to Top