Ini 8 Punca Utama Kenapa Diet Sentiasa Gagal

Tahu tak?

Kalori 1 biji donut bersamaan 4 senduk nasi putih.

1 keping pisang goreng sama dengan 2 senduk nasi putih.

Teh boba pula ada kalori setara 6 senduk nasi.

Patutlah diet gagal pun.

Cuba tanya mereka yang berjaya turunkan berat.

Apa rahsia utama?

Rule #1 ialah TINGGALKAN MINUMAN ADA GULA TAMBAHAN.

Di sebalik sedap dan manis di mulut.

Air sebegini tinggi kalori.

Kalori 1 mangkuk cendol bersamaan 3 1/2 senduk nasi.

Lepas itu, pulun lagi 2 senduk.

Lagi satu, ada penggemar minuman tenaga di sini?

Tahu tak?

Energy drinks ni TINGGI gula tambahan dan kafein.

Sangat tak elok untuk kesihatan.

Ramai yang tertipu kononnya ia boleh ‘beri tenaga.’

Ini 21 Bahaya Energy Drink Ramai Tak Ambil Tahu

Gula ringkas ni diserap dengan cepat.

Kesannya? Gula naik dengan mendadak dalam salur darah.

Kalau dah manis level kayangan.

Dah macam selori gula putih dimasukkan ke dalam minuman.

Gula berlebihan akan bertukar jadi lemak.

Melalui proses lipogenesis – proses metabolik untuk membentuk lemak.

Lemak tadi disimpan dalam adipose tissue.

Melekat di celah celah tisu. Badan pun melebar dengan jayanya.

Konon ‘bahagia’ tapi tak sedar berat kategori ‘overweight’.

Atau lebih teruk, obes.

Apa sebenarnya punca diet ‘kelaut’ ?

Kajian dapati, berat badan naik semula seminggu selepas Raya.

Naiknya juga melebihi apa yang telah turun.

Kalau turun 5kg, naiknya 7kg. Jaga jaga lagi 2 minggu nak Raya.

Ini 8 punca utama kenapa diet tetap gagal walaupun bertahun tahun cakap nak ‘kurus’:

  1. Makan laju sangat.
  2. Ambil karbo bersulamkan air manis.
  3. Kuah banjir sana sini.
  4. Nasi bersenduk senduk.
  5. Guna pinggan saiz jumbo.
  6. Ambil makanan goreng tinggi lemak & kalori.
  7. Lauk pauk banyak ‘lauk berproses.’
  8. Kurang sayur & buah dalam pinggan.

 

P/S:

Tuan Puan berminat join ONLINE COURSE terbaru 2023?

Ingin tingkatkan kesihatan meyeluruh?

ONLINE COURSE NEUROHEALTH

ONLINE COURSE NEUROPARENTING

ONLINE COURSE NEUROTHINKING

Atau…

Dapatkan koleksi OTAK TERKINI di:

OTAK 1.0

OTAK 2.0

RAHSIA SIHAT ALAMI

60 RESIPI SIHAT

#DrRizal

Anda Juga Mungkin Berminat

Brain Fog: Penyakit Senyap yang Mungkin Sedang Merosakkan Produktiviti Anda Sekarang

Probiotik: Bakteria Baik Yang Jaga Usus & Kuatkan Imun Anda Dari Dalam

Mata Pejam, Tapi Otak Masih Berjaga? Ini Puncanya Sebenarnya.

Selalu Lupa Bukan Tanda Biasa! Ini Tanda Awal Alzheimer Yang Ramai Terlepas Pandang

Bangun Pagi Rasa Lemau? Cuba Cara Simple Ini Untuk Segarkan Badan

Burnout Kerja: Kenapa Makin Kuat Bekerja, Makin Cepat Lesu? Ini Jawapannya!

Scroll to Top