in ,

Kenapa Perlu Makan ‘Rainbow Food’? Ini Sebab dan Khasiatnya

vegan food

Beberapa hari saya di MIHAS, ramai orang datang jumpa. Ada nak tangkap gambar. Banyak yang nak tanya soalan.

Soalan biasanya libatkan isu kesihatan. Banyak tentang nak makan apa?

Saya kesian bila dengar rintihan seorang demi seorang ni. Siap ada yang minta maaf pada saya.

Katanya dulu dia ni kata ‘eleh kalau nak sakit makan apa pun sakit. Kalau nak sihat makan benda tak sihat pun boleh sihat.’

Tapi apa yang berlaku? Dia jatuh sakit.

Dapat label penyakit. Dari darah tinggi sampai kencing manis. Semua tu dari makanan yang diambil.

Tubuh kita ni ada sistem tersendiri. Ada keperluan tersendiri. Kalau kita ikut tubuh jadi ok. Kalau tak ikut tubuh mulalah meragam.

Saya tanya nak elak dari sakit dan penyakit tak? Atau nak cepat sembuh tak dari penyakit? Semua kata ya.

Saya kata lagi kalau macam rule no 1 semak apa yang kita makan. Ada makan makanan dalam kategori rainbow tak?

Semua kata tak tahu apa dia.

Senang. Saya ceritakan makanan raibow food ni. Tuan puan boleh ikut panduan di bawah ni.

rainbow food
Saya kongsikan 11 contoh makanan rainbow food yang perlu diambil setiap hari.

1. Bendi

bendi
  • Menawarkan kehamilan yang sihat
  • Membantu mencegah diabetes
  • Membantu meringankan penyakit ginjal
  • Membantu masalah pernafasan
  • Anti parasit usus
  • Meningkatkan kesihatan hati
  • Mencegah sembelit
  • 2. Timun

    timun
  • Penghilang racun di tubuh secara efektif
  • Mencegah kanser
  • Meningkatkan antibodi dalam badan
  • Membantu mengatasi sembelit
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengurangi kadar kolesterol dalam darah
  • Mengurangi penyakit diabetes
  • 3. Kangkung

    kangkung
  • Mengatasi insomia
  • Anti toksin dan mencegah sembelit
  • Mengandungi zat besi
  • Anti diabetes
  • Meningkatkan kesihatan hati
  • Mengelak serangan influenza
  • 4. Sawi

    sawi
  • Elak pembekuan darah
  • Mencegah penyakit kronik seperti jantung & stroke
  • Menjaga tulang dari proses osteoporosis
  • Menangani kanser
  • Mencegah penyakit alzheimer
  • Mengawal kadar gula dalam darah
  • Menjaga kornea mata agar sentiasa sihat
  • Mengatasi anemia yang terjadi pada ibu hamil
  • Koenzim untuk beberapa sistem enzim
  • Menurunkan kadar kolesterol dan gula darah
  • Mencegah diabetes dan kanser kolon
  • 5. Bawang Putih

    bawang putih
  • Menyembuhkan infeksi kulit
  • Anti-pembekuan darah
  • Mengurangi tekanan darah
  • Melindungi dari serangan jantung
  • Melawan alergi
  • Mengubati masalah pernafasan
  • Meningkatkan metabolisme zat besi
  • Meningkatkan ghairah
  • Mengurangi berat badan
  • 6. Tauge

    tauge
  • Mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan perempuan
  • Mampu melumpuhkan bibit sel kanser, usus besar, pankreas dan leukimia
  • Mencegah kerapuhan tulang
  • Terhindar daripada kanser payudara
  • Menghalang tubuh daripada perosak DNA
  • Menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL)
  • Membantu membuang kotoran dalam usus besar 
  • 7. Terung Unggu

    terung
  • Menjaga tubuh dan kulit terhidrasi dengan baik
  • Melembabkan kulit kepala
  • Mengawal Kadar Gula Darah
  • Membantu pencernaan
  • Menurunkan berat badan
  • Membantu sel otak dari rosak
  • Menurunkan risiko penyakit jantung
  • 8. Anggur

    anggur
  • Mengurangkan risiko serangan jantung
  • Bantu kurangkan paras kolesterol
  • Membantu sistem pencernaan
  • Atasi masalah sembelit
  • Lindungi mata dari masalah katarak
  • Meningkatkan kesihatan otak
  • Penambah tenaga & melindungi dari kelesuan
  • 9. Tembikai

    tembikai
  • Buah alkali tinggi
  • Mengurangkan  tekanan darah tinggi
  • Mengurangkan risiko serangan jantung
  • Kandungan air yang tinggi
  • Meningkatkan sistem imun badan
  • Menguatkan tulang
  • Memberi tenaga
  • Membantu melawan kanser
  • 10. Epal

    epal
  • Bantu kawal gula bagi pesakit diabetes
  • Bantu untuk pesakit asma
  • Bantu menjaga tulang
  • Berupaya kurangkan berat badan
  • Melindungi dari penyakit kanser
  • Bantu menurunkan bacaan kolesterol
  • 11. Ubi Kentang

    ubi kentang
  • Mengurangkan inflamasi
  • Meningkatkan kesihatan kulit
  • Mencegah anemia
  • Meningkatkan kesihatan tulang
  • Mencerahkan kulit
  • Meningkatkan daya tahan tubuh
  • Membantu perkembangan otak
  • Cuba semak sarapan kita libatkan rainbow food atau tidak?

    Kalau belum, apakata rancang rainow food untuk tengahari atau malam.

    Kesihatan kita nilah harta yang bernilai. Jom kita jadikan sihat itu sebagai jihad. Pakat pakat jaga diri dan keluarga.

    Boleh begitu?

    Leave a Reply

    Buah Untuk Ibu Hamil

    Buah Untuk Ibu Mengandung: Ini 11 Buah Yang Perlu Diambil

    Minyak Kelapa Atasi Masalah Nyanyuk? Ketahui Rahsianya