Kenapa Tak Tolong ?

Pelbagai emosi lahir dari kes isteri ditetak tempoh hari.

Wanita berbangsa India ditetak dan dibelasah teruk hingga masuk ICU.

Insiden ini bangkitkan pelbagai soalan.

Antaranya kenapa tidak ada orang yang datang menolong?

Kenapa mereka tercegat sekadar memerhati dan record video? Apa yang berlaku sebenarnya?

Pernah berlaku seorang pesakit terlibat dalam kemalangan.

Beliau menunggang motorsikal. Terbabas. Dia dan motornya terbakar.

Ada ramai orang memerhati. Tiada yang datang menolong.

Ketika itu dia sedang bertarung dengan kepanasan yang membakar diri.

Jeritannya sakitnya kuat. Jeritannya meminta tolong menyebabkan teliga berdesing.

Namun tiada yang datang membantu.

Di hospital dia lahirkan perasaan tidak puas hati yang amat dalam.

Perasaan marah pada pemerhati yang hanya melihat sahaja ketika dia dijilat api hidup-hidup.

Sumpah seranahnya adakalanya menakutkan.

Dia hanya berhenti dari memaki dan sumpah seranah apabila diterangkan kenapa orang hanya memerhati. Kenapa mereka terpaku.

Diterangkan dari sudut apa yang berlaku pada otak manusia.

Sama seperti kes semalam. Pelajar lain hanya sekadar memerhati.

Tidak campur tangan untuk membantu meleraikan.

Punca isunya berada pada Basal Ganglia.

Bahagian otak ini kerjanya ialah menyatukan fikiran, perasaan dan gerakan kita.

Apabila Basal Ganglia menjadi terlalu aktif, isyaratnya jadi kacau.

Apabila manusia terlalu takut, isyarat dari otak tidak dikeluarkan.

Natijahnya, manusia akan terpaku atau freeze. Tidak mampu bergerak.

Tiada upaya membantu. Hanya sekadar mampu melihat.

Ketika itu juga hormon dopamin menurun. Hormon gembira ini berkurangan serta merta.

Tiada motivasi lagi untuk membantu. Dada berombak kencang. Mulut menjadi kering. Kaki terasa berat sekali.

Basal ganglia (BG) yang terlalu aktif jjuga menjadi sebab kepada penyakit resah dan risau melampau atau anxiety.

BG boleh ditangani dengan dua cara mudah:

1. Pernafasan – gunakan teknik bernafas melalui perut atau belly breathing.

2. Gunakan self hypnosis. Dr Herbert Benson, dari Harvard Medical School jelaskan perkara ini dengan baik sekali.

Saya sempat berguru dengan beliau. Dapatkan buku beliau The Relaxation Response. Bacaan yang baik.

Dua cara ini ada kuasa luar biasa. Menjadi penyekat kepada berlakunya risau yang melampau.

Menenangkan BG yang terlalu aktif.

Boleh cuba.

Amalkan sentiasa, Jaga Otak, otak akan jaga kita.

Anda Juga Mungkin Berminat

6 Tips Atasi Sikap Suka Tangguh Kerja

12 Makanan Turunkan Asid Urik Penyebab Gout

Apa Beza Turun Berat Dengan Turun Lemak?

Multitasking – Berguna Atau Sebaliknya?

5 Penyakit Bawaan Air Ramai Tak Tahu

Bukan Sekadar Bina Otot – Ini 8 Fungsi Protein

Scroll to Top