Kesan Berdengkur

Anda pernah berdengkur? Ramai yang akan menjawab tidak tahu.

Sebabnya? Masakkan dapat dengar dengkuran sendiri sewaktu mata terpejam rapat.

Cuba tanya orang di sebelah atau rakan sebilik. Anda akan perolehi jawapannya.

Berdengkur bukan sekadar bunyi. Walaupun hasilnya pelbagai irama dan ritma.

Ada yang menghasilkan irama motorbot. Ada yang keluarkan bunyi lori. Tak kurang juga bunyi seperti bas dan motorsikal.

Ramai beranggapan berdengkur itu biasa. Ada berkata sekali sekala sahaja. Berlaku sewaktu penat sahaja. Ada berkata “Aku peduli apa.”

Berdengkur mudah berlaku apabila kita tidur terlentang.

Tiga tahun bekerja di Klinik Tidur di Canberra, saya dapati tidur dilambung kanan adalah posisi yang baik sekali.

Sesuai dengan sabda baginda Rasul.

Apa kesan berdengkur?

Berdengkur boleh MENGECILKAN OTAK.
Berdengkur MENGHASILKAN HIPERTESI.
Berdengkur padahnya MATI.
Berdengkur terdedah kepada MATI PUCUK.
Berdengkur mengundang SAKIT JANTUNG.
Berdengkur menurunkan tahap KECERDIKAN.

Ya, banyak sekali kesan buruk berdengkur.

Andai anda berdengkur, dapatkan studi diagnostik tidur. Ianya penting untuk pastikan samada dengkuran itu adalah penyakit tidur apnea atau bukan.

Andai ianya tidur apnea, maknanya lelangit lembut atau lidah menggelongsor turun menutupi ruang kecil pernafasan kita. Atau, berlaku pembentukan tisu lemak di laluan kecil pernafasan kita.

Ia menyempitkan laluan pernafasan.

Cubaan untuk bernafas akan menyebabkan berlaku getaran. Getaran inilah yang menghasilkan bunyi merdu kita itu.

Andai mahu kurangkan, lakukan senaman. Bersungguh dan konsisten.

Atau pakai topeng beroksigen sewaktu tidur. Harga topeng dan mesin boleh tahan.

Atau buang saja ovula dan tonsil. Sakitnya boleh membuat kita tidak keruan.

Jadi, yang mana satu pilihan?

Anda Juga Mungkin Berminat

Kajian Dedah Rahsia Puasa Pada Otak: Otak Jadi Lebih Kuat, Risiko Depresi Turun?

Puasa Aktifkan Hormon Pecah Lemak Dalam Badan

Puasa Melahirkan Sel Otak Baru: Penemuan Saintifik Ini Buat Ramai Terdiam

Ramai Tak Sedar! Ini Kebaikan Puasa Pada Otak Yang Buat Fokus Tajam & Ingatan Makin Kuat

Migrain Semasa Puasa Makin Teruk? Ini Punca Sebenar Yang Ramai Tak Sedar

Puasa Bantu Kurangkan Anxiety & Depression? Ini Penjelasan Sains Yang Ramai Tak Pernah Diberitahu

Scroll to Top